Ticker

6/recent/ticker-posts

Pelajar YIK lanjut pelajaran ke Universiti Ez-Zitouna


KOTA BHARU: Seramai lapan pelajar lepasan Pusat Pengajian Pondok Yayasan Islam Kelantan (YIK) melanjutkan pengajian di Universiti Ez-Zitouna, Tunisia.

Pelajar terbabit merupakan lepasan Sijil Tinggi Ugama Pondok (STUP).

Kemasukan mereka bagi pengambilan kedua selepas kerajaan negeri melalui YIK menjalinkan Memorandum Persefahaman (MoU) dengan institusi pengajian yang ditubuhkan abad ke lapan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi, Dato' Wan Roslan Wan Hamat berkata, kerajaan negeri turut menghantar wakil sebagai tanda penghargaan.

Katanya delegasi tersebut disertai mantan Timbalan Pengarah YIK, Mohd Zaki Deraman dan Syeikh Pusat Pengajian Pondok, turut mengadakan pertemuan dengan pentadbiran universiti itu.

"Rektor dan Timbalan Rektor Universiti Ez Zitouna serta pegawai universiti mengadakan pertemuan dengan pelajar dari Kelantan hari ini.

"Alhamdulillah semuanya berjalan baik dan insya-Allah esok mereka memulakan kelas," katanya pada hantaran di Facebook.


Kerajaan negeri melalui Pusat Pengajian Pondok YIK menandatangi MoU dengan Universiti Ez-Zitouna pada 2019. Universiti itu menawarkan 15 bidang pengajian di Fakulti Hadarah Islamiyah.

Menurut Wan Roslan, kerajaan negeri sebelum ini menghantar dua pelajar ke Tunisia dan sekarang berkhidmat sebagai tenaga pengajar di sekolah YIK.

Post a Comment

0 Comments