Ticker

6/recent/ticker-posts

Desak Borneo keluar Malaysia pamer fikiran songsang


KOTA BHARU: Tindakan segelintir warga Sabah menurunkan Jalur Gemilang dengan menggantikan bendera Sabah dan Sarawak di Australia perlu dipandang serius. 

Pensyarah psikososio sebuah universiti awam Dr Zulkeflee Yaacob berkata, individu yang terbabit wajar dikenakan tindakan tegas termasuk dilucut kewarganegaraan.

Katanya gerakan mereka mendesak wilayah Borneo keluar daripada Persekutuan Malaysia dilihat cuba mempamer pemikiran songsang.

“Tindakan tegas itu penting sebagai pengajaran kepada semua pihak. Biar pun ia dianggap kes itu terpencil kerana berlaku di luar negara, namun provokasi tersebut condong ke arah mewujudkan kumpulan pelampau.

“Kumpulan sayap kanan tersebut boleh mengancam keharmonian yang sifatnya multi etnik dan kaum,” katanya di sini.

Baru-baru ini tular video segelintir warga Sabah menurunkan Jalur Gemilang dengan menggantikan bendera Sabah dan Sarawak di Melbourne, Australia. 

Video berdurasi lapan minit 13 saat itu dilapor berlaku di depan bangunan Parlimen di Victoria, Melbourne.

Berikutan itu Polis Diraja Malaysia membuka kertas siasatan di bawah Akta Hasutan 1948 serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung penularan video terbabit.


Dr Zulkeflee juga berkata, keamanan tidak dikompromi melalui provokasi dan ia perlu dihentikan supaya rakyat Malaysia terus menjalani kehidupan harmoni dan makmur. 

Kata beliau tindakan individu terbabit dibimbangi boleh mengundang persengketaan kaum dan dalam konteks perlembagaan seumpama pelancaran perang kepada Ketua Negara.

Post a Comment

0 Comments