Oleh: Che Maziah Mat
KOTA BHARU, 3 Oktober –Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat menganjurkan pertandingan Video Tiktok Perpaduan Nasional dengan tema Kelantan Model Perpaduan dengan tawaran hadiah wang tunai bernilai RM10 ribu kepada pemenang tempat pertama.
Exconya, YB Zamakhshari Muhamad berkata, rakyat Kelantan yang ingin menyertai pertandingan ini perlu memuat naik video berdurasi tiga hingga lima minit dengan memaparkan elemen-elemen perpaduan dan keharmonian negeri ini.
“Kita buka pertandingan untuk semua rakyat Malaysia terutama dari golongan anak muda, kerana masa ini lah kita berpeluang mengasah bakat, disamping menunjukkan kepada orang luar hebatnya perpaduan rakyat di negeri ini.
“Elemen perpaduan seperti bahasa, kebudayaan, makanan, keharmonian beragama dan elemen kejiranan rentas kaum menjadi syarat yang diperlukan bagi pengiraan markah yang tepat,” ujarnya.
Pertandingan yang dianjurkan sempena Karnival Perpaduan Nasional, Kelantan Model Perpaduan bermula bermula 31 Ogos lagi hingga 12 Oktober nanti. Manakala karnival akan diadakan pada 19 Oktober depan dan dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan bersekali dengan pengumuman dan penyampaian hadiah kepada pemenang.
Kepada peserta yang ingin menyertai perlu memuat naik video ke akaun Tiktok masing-masing dengan meletakkan hastag #PerpaduanKelantan2024, #AmboOreKlate dan #KelantanModelPerpaduan.
0 Comments