Ticker

6/recent/ticker-posts

Mana peruntukan tambahan RM500 juta?


MACHANG: “Kerajaan Perpaduan berikrar isu bekalan air bersih harus dinoktahkan terutamanya di Kelantan, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan,” ujar Perdana Menteri.

Malah sebelum Pilihan Raya Negeri melibatkan enam negeri pada Ogos 2023, 

Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM500 juta bagi mengatasi masalah bekalan air bersih di Kelantan.

Dan pada Belanjawan 2024 Anwar yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan RM1.1 bilion bagi menyelesaikan bekalan air.

Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, pada sidang Dewan Rakyat sebelum ini beliau membangkitkan komitmen kerajaan persekutuan untuk mengurangkan isu Air Tidak Berhasil (NRW).

“Saya juga mengulangi berkenaan janji peruntukan tambahan RM500 juta oleh kerajaan persekutuan untuk Kelantan, bilakah peruntukan itu akan diagih,” katanya pada kenyataan media di sini.

Pada Jun 2023 ketika berucap pada Program 'Temu Anwar Kelantan' di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Bachok, Perdana Menteri mengumumkan peruntukan tambahan RM500 juta untuk mengatasi masalah air bersih di Kelantan.

Malah sebelum itu media melaporkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberithau kerajaan menyediakan peruntukan RM1 bilion kepada Kelantan untuk menyelesaikan masalah bekalan air.

Wan Ahmad Fayhsal yang juga Ketua Armada Bersatu Nasional berkata, kerajaan persekutuan perlu segera mengagihkan peruntukan tambahan seperti dijanji Perdana Menteri.

Post a Comment

0 Comments