Ticker

6/recent/ticker-posts

KELANTAN TIDAK BERKOMPROMI TERHADAP PIHAK MELANGGAR UNDANG-UNDANG-TMB

Oleh: Asri Hamat 

KOTA BHARU, 26 Disember- Kerajaan Negeri Kelantan memandang serius dan tidak sesekali berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang berkaitan penganjuran hiburan tanpa lesen, catat YB Timbalan Menteri Besar, YB Dato' Dr Mohamed Fadzli Hassan melalui media sosial miliknya pada Rabu.

Mengulas mengenai penganjuran majlis makan malam tahunan dan hiburan tidak sopan oleh CNMC Mining Group Sdn. Bhd. di SJK (C) Yung  Cheng, Tanah Merah baru-baru ini, YB Dr Mohamed Fadzli berkata, tindakan tersebut jelas melanggar Enakmen Kawalan Hibruan 1998.

"Penganjuran majlis tersebut jelas melanggar Enakmen Kawalan Hiburan 1998 dan Akta Kerajaan Tempatan 1976. Ini juga termasuk penganjuran hiburan tidak sopan serta penyediaan minuman keras tanpa kebenaran."

Tambah beliau lagi, kompaun sebanyak RM10,000 telah dikenakan ke atas penganjur program tersebut dan perlu dijelaskan dalam masa tujuh hari.

"Kegagalan menjelaskan kompaun tersebut dalam masa yang ditetapkan akan membawa kepada pendakwaan di mahkamah dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan," jelasnya.

Beliau turut menyeru kepada semua pihak agar sentiasa mematuhi peraturan demi memastikan keharmonian di Kelantan terus dipelihara.

Post a Comment

0 Comments