Ticker

6/recent/ticker-posts

LEBIH 100 PENDUDUK GUA MUSANG TERIMA GERAN HAK MILIK TANAH

Kredit Foto dan Video Dato' Panglima Perang Ustaz Dato' Hj Mohd Nassuruddin Haji Daud

Oleh: Asri Hamat

GUA MUSANG, 9 Disember – Lebih 100 penduduk Gua Musang yang memenuhi syarat telah menerima geran hak milik tanah hasil kelulusan Pejabat Tanah dan Jajahan (PTJ) Gua Musang selepas menjelaskan bayaran premium.

Menurut Menteri Besar YAB Dato' Panglima Perang Ustaz Dato' Mohd Nassuruddin Daud, permohonan hak milik tanah menerima sambutan yang menggalakkan selepas beliau memberikan jaminan dalam Persidangan Dewan Negeri baru-baru ini bahawa urusan hak milik tanah di kawasan FELDA akan diselesaikan dalam tempoh 21 hari selepas bayaran premium dilunaskan.

"Ekoran penjelasan tersebut, saya difahamkan sambutan daripada pemohon sangat menggalakkan. Tahniah kepada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Kelantan serta PTJ Gua Musang atas kecekapan menyelesaikan urusan ini dalam hanya 10 hari," katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di laman sosial, hari ini.

Dalam ucapannya, beliau turut mengingatkan penerima agar memanfaatkan tanah tersebut dengan baik.

"Tanah ini adalah amanah. Manfaatkanlah untuk kebaikan diri, keluarga, dan masyarakat sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT atas nikmat yang diberikan," katanya ketika merasmikan majlis penyerahan geran hak milik tanah di Dewan Perdana, Kompleks Pentadbiran Majlis Daerah Gua Musang.

Sebelum itu, Dato’ Mohd. Nassuruddin bersama Ketua Jajahan Gua Musang Nik Raisnan Daud, meninjau lokasi runtuhan jalan di Kampung Jerek akibat hujan lebat baru-baru ini. Beliau menegaskan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan komited untuk mempercepatkan usaha baik pulih bagi memastikan kesejahteraan rakyat.

"Buat masa ini, kerja-kerja awal sedang dijalankan oleh PTJ Gua Musang melalui pembinaan lencongan sementara. Tindakan susulan akan dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR). Sama-sama kita doakan agar usaha ini dipermudahkan," ujarnya.




@datopanglimaperang Senyuman mereka kebahgiaan ambo. Setelah meninjau jalan runtuh di Kg. Jerek, Gua Musang, saya hadir menyempurnakan Majlis Penyerahan HakMilik Tanah kepada penduduk Jajahan Gua Musang yang menyaksikan lebih 100 permohonan telah diluluskan untuk menerima hakmilik tanah masing-masing. Dalam Sidang DUN baru-baru ini, saya menjelaskan bahawa geran hakmilik tanah yang dimohon milik dalam kawasan Felda akan dikeluarkan dalam tempoh 21 hari selepas pembayaran premium dilunaskan oleh pemohon. Susulan penjelasan tersebut, saya difahamkan sambutan yang diterima oleh pemohon-pemohon amat menggalakkan dan tahniah saya ucapkan kepada pihak Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kelantan serta Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang atas kecekapan pengurusan yang berjaya menyelesaikan urusan ini dalam tempoh hanya 10 hari. Dalam ucapan di hadapan penerima hakmilik tanah tadi, saya mengingatkan bahawa tanah ini adalah amanah. Oleh itu, manfaatkanlah dengan sebaik-baiknya untuk kebaikan diri, keluarga, dan masyarakat sebagai tanda syukur kepada Allah SWT atas rezeki dan nikmat yang telah diberikan-Nya. #anakmuda #kelantantiktok ♬ الصوت الأصلي - أنين_القلم✍️

Post a Comment

0 Comments