Ticker

6/recent/ticker-posts

MAIS SUMBANG RM348,000 BANTU MANGSA BANJIR DI KELANTAN

Kredit foto Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)

Oleh: Asri Hamat

KOTA BHARU, 15 Disember- Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) turut menghulurkan sumbangan berupa bekalan makanan dan keperluan lain yang berjumlah RM348,000 untuk membantu mangsa banjir di Kelantan.

Sumbangan tersebut diserahkan oleh Pengarah Strategik Korporat MAIS Zaharudin Salim kepada Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) Dato' Mohd Anis Hussein di Masjid Jamek Sultan Mansor, Kampung Sireh, Kota Bharu pada Jumaat.

MAIK dalam satu kenyataan di laman sosial miliknya amat menghargai dan mengucapkan terima kasih kepada MAIS atas sumbangan tersebut.

"Terima kasih kepada pihak MAIS kerana sentiasa prihatin dengan nasib rakyat Kelantan terutama kepada mangsa yang terlibat dengan banjir. Hanya Allah SWT sahaja yang mampu jasa kalian", kata kenyataan tersebut.

Hadir sama dalam majlis penyerahan tersebut, Setiausaha MAIK Muhamad Rasani Ramli dan Pengurus Besar Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) Mohd Azali Abdullah.

MAIS menerusi Skuad Prihatin Intitusi Hal Ehwal Islam Negeri Selangor dalam misi bantuan banjir ke Kelantan, Kedah dan Terengganu telah menyerahkan sumbangan keseluruhan sebanyak RM598,600.

Bantuan tersebut adalah hasil sumbangan daripada agensi dan anak syarikat MAIS, seperti Baitulmal MAIS, Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor, Lembaga Zakat Selangor, Perbadanan Wakaf Selangor, Bakti Suci Holding SDN BHD, Teraju Ekonomi Asnaf SDN BHD serta Jabatan Agama Islam Selangor melalui Tabung Infak Jariah Umat Islam.

Selain itu, pihak MAIS juga menyediakan seramai 100 sukarelawan untuk melakukan kerja-kerja pembersihan di sekolah-sekolah yang terjejas akibat banjir.





Post a Comment

0 Comments