Ticker

6/recent/ticker-posts

PERAKAN SUMBANG RM160,000 BANTU MANGSA BANJIR DI KELANTAN

Oleh: Saliemin Khesa

KOTA BHARU, 15 Disember - Persatuan Anak Kelantan Perantauan Malaysia (PERAKAN) menyumbang hampir RM160,000 untuk membantu lebih mangsa yang terjejas banjir terutamanya di Kelantan.

Menurut Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita, YB Rohani Ibrahim, sumbangan tersebut yang berupa barangan keperluan diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir di 35 DUN dengan melibatkan seramai 150 orang sukarelawan daripada 45 cawangan PERAKAN seluruh negara.

"Alhamdulillah, kita (kerajaan negeri) sangat berterima kasih kepada PERAKAN Malaysia kerana sudi untuk turun bersama-sama dalam menjayakan misi bantuan banjir ini.

"Kerajaan negeri juga amat menghargai jasa PERAKAN Malaysia yang bersemangat dalam misi ini sekaligus dapat meringankan bebanan yang ditanggung mangsa banjir di Kelantan.

"InnsyaAllah, Kerajaan Negeri Kelantan mengalu-alukan mana-mana agensi atau sukarelawan yang ingin turut serta dalam memberikan bantuan atau sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir terutama di Kelantan," katanya pada majlis Misi Bantuan Kebajikan Banjir Kelantan 2024 di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan, di sini pada Ahad.

Turut hadir, Ahli Parlimen Kota Bharu, YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Ahli Dewan Negeri Pasir Tumboh, YB Dato' Abd Rahman Yunus serta Presiden PERAKAN Malaysia, Dato’ LJT Sr Dr Wan Aminuddin Wan Husin.

Misi Bantuan Kebajikan Banjir Kelantan 2024 itu digerakkan dan dimeriahkan dengan kehadiran 50 buah jentera jenis trak pikap (Toyata Hilux) yang membawa barangan keperluan harian kepada mangsa-mangsa banjir yang akan diagihkan.




Post a Comment

0 Comments