Ticker

6/recent/ticker-posts

Tiada parti dominan di Sabah PRN-17?


oleh ARUS LEBIR

TAHUN 2024 hanya beberapa hari lagi akan melabuh tirai. Wajah 2025 akan muncul tidak lama lagi. Biar pun berbunga harapan 2025 lebih ceria dan cemerlang, namun ada isu 2023 masih belum selesai.

Paling ketara isu beras tempatan. Sejak dinaikkan harga beras import pada 1 September 2023, beras tempatan tiba-tiba hilang sehingga hari ini.

Ketika itu harga jualan bagi beras putih import diselaras daripada RM2,350 per tan metrik kepada RM3,200 per tan metrik.

Menurut Padiberas Nasional Berhad (Bernas), harga tersebut sejajar dengan harga beras putih import di pasaran antarabangsa.

Oghe Kito bimbang menjelang September 2025, beras tempatan masih hilang di pasaran. Jarang berlaku sebelum ini kerajaan gagal menyelesaikan isu asas dalam tempoh begitu lama.

Namun ia berlaku di era Madani. Dalam tempoh begitu lama isu yang dianggap simple gagal diselesaikan. Salah siapa. Kerajaan atau pemborong. Pada tulisan lepas Oghe Kito cadangkan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan dipikul individu lebih berwibawa. 

Ketika beras putih tempatan masih ghaib di pasaran, pada 1 Disember lepas Bernas menurunkan pula harga jualan beras putih import (BPI) di Semenanjung Malaysia. Ia diturunkan daripada RM3,000 per tan kepada RM2,800 per tan. 

Peniaga juga menurunkan harga BPI antara RM1.50 hingga RM2 bagi 10 kilogram (kg). Dan BPI bagi 5 kg turun 70 sen hingga RM1.

Tahun 2024 juga mencatat sejarah hitam apabila kerajaan Madani mengekalkan kedudukan enam bekas ahli parlimen Bersatu.

Ramai melihat mereka diselamatkan Speaker Dewan Rakyat. Sedangkan ada hujah menyebut wujud pelanggaran Akta Anti Lompat Parti.

Akta itu diwujudkan bagi mengelakkan berlaku seperti Langkah Sheraton pada Februari 2020. Namun, falsafah akta tersebut digubal seperti tidak diendahkan. Apakah ia seperti pekak badak. 


Tangguh sidang DUN

Tahun 2024 juga mencatat sejarah apabila Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dilapor menangguh sidang DUN secara tiba-tiba.

Pada notis awal disebut sidang itu diadakan Isnin lepas. Namun ditunda kepada 27, 30 dan 31 Disember ini. Apa sebabnya.

Ini kerana pada 27 Disember ini genap usia tiga tahun penggal ke-15 kerajaan negeri Melaka. Dan selepas tempoh itu apabila berlaku kekosongan kerusi DUN tidak perlu diadakan pilihan raya kecil (PRK).  

Biar pun isu tersebut cuba disembunyikan, namun ramai dapat menghidu. Ia tidak mampu dinafikan ada kaitan dengan Adun Rembia Jelani Khamis menyertai PAS sebelum ini.

Berdasar laporan media Speaker DUN Melaka antara lain memberi alasan sidang DUN ditangguh sebagai persediaan menghadapi gelombang kedua Monsun Timur Laut. 

Lojik kah begitu. Sedangkan ramai tahu banjir baru-baru ini lebih parah melanda Pantai Timur. Pada 13 Oktober lepas media melaporkan 16 rumah penduduk di DUN Ayer Molek, Serkam dan Merlimau dilanda banjir kilat susulan hujan lebat. Sekadar banjir kilat mahu tangguh sidang DUN seperti kelakar.

Cukai naik

Penduduk Selangor pula akan meraikan tahun baharu dengan kenaikan kadar cukai taksiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebanyak 25 peratus. Kenaikan itu berkuat kuasa 1 Januari 2025.


Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Ng Suee Lim dilapor berkata ia susulan semakan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) yang memperuntukkan senarai satu nilaian baharu perlu disediakan semua PBT setiap lima tahun.

"Potongan cukai kita sasar laksanakan selama lima tahun dan ini dijangka akan meningkatkan pendapatan PBT sebanyak RM355 juta setahun," katanya pada sidang media di Shah Alam baru-baru ini.

Lebih mendebar lagi tahun 2025 suasana cemas dilihat bakal melanda kerajaan Gagasan Rakyat Sabah (GRS). Tempoh DUN Sabah ke-16 akan berakhir September 2025. Dan Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN-17) perlu diadakan selepas tamat tempoh penggal DUN Sabah sekarang.

Pemerhati politik menjangka tidak ada parti yang akan menang dengan dominan. Pensyarah Universiti Malaysia Sabah Dr Romzi Ationg dilapor berkata, DUN Sabah kemungkinan akan tergantung sekali lagi. 

Setiap pakatan parti perlu menang sekurang-kurangnya 37 kerusi bagi mendapat majoriti mudah. DUN Sabah terdapat 73 kerusi. Apa pun isu 2023 belum selesai, 2025 pula sedang melangkah ke mari.

Post a Comment

0 Comments