Ticker

6/recent/ticker-posts

KUNJUNGAN DUTA BESAR CHINA KE KELANTAN PERKUKUH HUBUNGAN DIPLOMATIK

Oleh: Norzana Razaly

KOTA DARULNAIM, 15 Januari – Timbalan Menteri Besar Kelantan YB Dato' Dr. Mohamed Fadzli Hassan menyifatkan bahawa kunjungan Duta Besar China ke Malaysia TYT Ouyang Yujing, ke Kelantan memperkukuh hubungan diplomatik di antara Malaysia dan China yang telah terjalin lebih 50 tahun.

Menurutnya, pertemuan tersebut memberi tumpuan kepada potensi kerjasama strategik dalam pelaburan dan peluang pembangunan ekonomi di antara Kelantan dan China.

Antara bidang yang diketengahkan termasuk teknologi, pendidikan, dan kebudayaan, yang dilihat mampu membawa kemakmuran kepada rakyat.

Beliau juga menegaskan keunikan masyarakat Cina di Kelantan yang fasih bertutur dalam dialek tempatan, menjadi simbol perpaduan dan keharmonian antara kaum.

“Keakraban antara kaum serta toleransi yang tinggi menjadikan Kelantan contoh perpaduan masyarakat berbilang kaum di negara ini,” katanya.

Perkara tersebut disuarakan Dato’ Dr. Fadzli mewakili Menteri Besar Kelantan sempena kunjungan hormat diplomat itu ke Mabna pada Selasa.

Turut hadir, Exco Pelaburan, Perindustrian, Sumber Manusia, Perdagangan dan Keusahawanan YB Mejar (B) Dato' Md Anizam Ab Rahman.



Post a Comment

0 Comments