SALMAH MAT HUSAIN
KOTA BHARU: Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Cawangan Kelantan bagi penggal 2025-2028 disandang Gan Yeong Shuoh dari Grand Riverview Hotel.
Beliau menggantikan Maimun Mohd Hussain dari Sudara Beach Resort yang sebelum ini berkhidmat selama enam tahun
Muhammad Azrin Zainal Abidin dari Jewels Hotel sebelum ini sebagai Setiausaha Kehormat dilantik sebagai Naib Pengerusi.
Setiausaha Kehormat yang baharu disandang Laila Mohd Adham dari Lalang Resort & Spa dan Nik Adura Zuliana Nik Abdul Rashid dari Renai Hotel dilantik sebagai Bendahari Kehormat.
Sementara itu, Ahli-Ahli Jawatankuasa yang dipilih iaitu Azimin Ibrahim (Perdana Kota Bharu), Hamzah Rosli (H Elite Design Hotel Kota Bharu), Engku Morris Engku Hussain (Holiday Villa Hotel & Suites Kota Bharu), Hasbullah Che Omar (Crown Garden Hotel), Zakaria Harun (Ibis Styles) dan Wan Karimah Wan Mohamed Noor (Tok Aman Bali Beach Resort).
Jawatan Juruaudit Dalaman pula disandang Siti Nurfairuz binti Idrus dari Salaam Suites Hotel.
Mesyuarat Agung Tahunan MAH diadakanpada 9 Februari 2025 bertempat di Renai Hotel.
Muhammad Azrin berkata, dengan pelantikan itu diharap dapat memperkukuhkan lagi prestasi sektor perhotelan di Kelantan serta meningkatkan daya saing di dalam sektor pelancongan.
0 Comments