Ticker

6/recent/ticker-posts

Trump pamer kebodohan Amerika



Oleh Dr Zulkeflee Yaacob

PRESIDEN Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan, racangannya untuk mengambil alih Semenanjung Gaza dan menguruskan wilayah itu ketika kunjungan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, di Rumah Putih baru-baru ini. 


Beliau tanpa peduli suara dunia pelanggaran prinsip kedaulatan dan hak setiap negara dari aspek undang-undang antarabangsa. 


Malah, tiada undang-undang negara atau mana-mana individu untuk mengambil alih negara lain walau pun secara pencerobohan atau penggunaan kuasa ketenteraan.


Trump dilantik sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) kali kedua telah mencadangkan 'pemilikan jangka panjang' ke atas Gaza, untuk menjadikan Gaza 'the Riviera of the Middle East'. 


Impiannya sejajar dengan posisi sayap kanan ekstrim Israel dalam usaha memindahkan rakyat Palestin dan menghapuskan pejuang Hamas.



Pejuang Hamas, yang mengambil alih kuasa di Gaza pada 2007, menolak cadangan terbabit, sebagai idea 'perkauman' dan melenyapkan perjuangan Palestin. 


Sebahagian besar Gaza musnah dalam perang selama 15 bulan yang bermula serangan pejuang Hamas ke atas Israel pada Oktober 2023 setelah sekian Palestin ditindas rejim Zionis. 


Trump berulang kali mendakwa memainkan peranan penting dalam memeterai perjanjian gencatan senjata.


Beliau kononya mendapat sokongan daripada 'kepimpinan tertinggi' di Asia Barat dan memberi tekanan lebih kepada Mesir dan Jordan untuk menerima penduduk Gaza, pada hal kedua-dua negara itu menolaknya dengan tegas.


Sebanyak 2 juta rakyat Palestin yang mengawal Gaza akan dipindahkan ke negara lain secara kekal sama ada mereka mahu atau tidak. 


Malah agenda memiliki Gaza terdapat kemungkinan tentera Amerika dikerahkan ke sana sebagai sebahagian daripada operasi pembinaan semula besar-besaran.


Agenda dari negara paling berkuasa di dunia itu akan menjadikan kawasan yang musnah akibat peperangan itu 'luar biasa' dengan mengeluarkan bom yang belum meletup dan runtuhan, serta membangunkan semula ekonomi kawasan terbabit.



Trump menerima kecaman dari seluruh dunia, iaitu Arab Saudi mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa negaranya tidak ada hubungan rasmi dengan negara haram tanpa Palestin dan Gaza merupakan tanah Palestin. 


Turkiye melalui Menteri Luar mendakwa rancangan itu sebagai “mengarut”. Sementara Presiden China, Xi Jin Ping membantahnya dan menyokong pegangan kekal Gaza kepada Palestin. 


Manakala Jordan bukan sahaja menolaknya tetapi mengisytiharkan perang kepada negara haram jika warga Palestin dimigrasi secara paksa ke negaranya. 


Russia pula mengingatkan Trump perlu akur bahawa dasar penyelesaian dua negara termasuk negara United Kingdom (UK) dan negara Eropah seperti Sepanyol, Jerman, Perancis telah sepakat menolak pelan pengusiran rakyat Palestin oleh Trump.


Kedegilan Trump makin terserlah apabila berbisa menarik keluar Amerika daripada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). 


Malah beliau menamatkan pembiayaan kepada UNRWA secara kekal turut serta meriliskan kenyataan bahawa mana-mana organisasi PBB yang anti-Israel akan kena tempias sama termasuk. 


Menurut wakil Rumah Putih UNESCO dalam radar untuk Amerika keluar dari kesatuan entiti itu.



Rancangan pemikiran “membabi buta” dari sudut pandang peribahasa Melayu atas kegilaan negaranya membiayai perang di Gaza dan memilikinya selepas tamat perang melalui gencatan senjata.


Oleh itu negara yang mencintai kedamaian dan membendung muncul idea terorisme perlu siap siaga dan ikut serta ketenteraan di laluan air, darat dan udara menjamin rakyat Palestin hidup aman sebahagian komuniti yang sama-sama berkongsi udara di dunia.

Post a Comment

0 Comments