Ticker

6/recent/ticker-posts

JAMBATAN SEMENTARA KAMPUNG BELANGA-TEMALIR SIAP SEPENUHNYA

Oleh: Norzana Razaly

KUALA KRAI, 6 Februari – Jambatan sementara yang menghubungkan Kampung Belanga ke Kampung Temalir, yang mula dibina awal Januari lalu, kini siap sepenuhnya dan sedia digunakan oleh penduduk setempat.

Ahli Parlimen Kuala Krai YB Abdul Latiff Abdul Rahman menzahirkan penghargaan kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) atas kelulusan projek tersebut.

Beliau juga berterima kasih kepada pihak kontraktor yang berjaya menyiapkan prasarana itu dengan cepat demi keselesaan penduduk.

Ahli Parlimen Kuala Krai, YB Abdul Latiff Abdul Rahman

Beliau turut menyatakan kepuasan terhadap keberkesanan jambatan berkenaan, yang telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh penduduk di dua kampung terlibat, terutama sepanjang cuti sempena Tahun Baharu Cina minggu lalu.

“Sepanjang musim perayaan dan cuti sekolah, jambatan ini sangat aktif digunakan oleh penduduk Kampung Belanga dan Kampung Temalir, termasuk pengunjung dari luar.

"Kita menghargai usaha KKDW dan pihak kontraktor dalam merealisasikan projek ini.

"Kita juga berharap kemudahan sementara ini akan digantikan dengan jambatan kekal dalam masa terdekat.

“Kewujudan jambatan ini dapat meningkatkan mobiliti penduduk dan menyumbang kepada pembangunan kawasan luar bandar,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau juga berharap KKDW dan pihak Jabatan Kerja Raya memantau jadual kerja agar selari dengan kemajuan pembinaan jambatan kekal yang sedang dibina oleh kontraktor yang dilantik.

Post a Comment

0 Comments