Kota Bharu, 19 Februari – PAS memiliki ramai tokoh berkaliber dan bersedia sebagai satu pasukan yang mampu memimpin dan menerajui negara.
Perkara ini ditegaskan oleh YB Dato' Sri Amar D'Raja Dato' (Dr) Mohd Amar dalam sesi podcast Sisi Pandang. Beliau menegaskan bahawa PAS mempunyai barisan kepimpinan yang berwibawa dan berpengalaman dalam pelbagai bidang sekali gus bersedia untuk menggalas tanggungjawab mentadbir negara dengan baik dan berkesan.
Menurut beliau, PAS berpegang teguh kepada prinsip bahawa Islam memberikan keadilan kepada semua tanpa mengira latar belakang. Dengan menjadikan kepimpinan Rasulullah SAW dan para khalifah sebagai panduan, PAS komited untuk membawa pendekatan pentadbiran yang bersih, berintegriti serta menitikberatkan kebajikan rakyat. Beliau turut menyatakan bahawa sejarah telah membuktikan bagaimana Rasulullah SAW dan para khalifah berjaya mentadbir empayar Islam yang terbentang luas dengan keadilan dan kesejahteraan.
Podcast Sisi Pandang disiarkan secara langsung pada setiap Rabu jam 9.30 di Facebook: Institut Pemikiran Tok Guru dan Tik Tok: Kasih Tok Guru.
0 Comments