Ticker

6/recent/ticker-posts

SEGERAKAN QADA, ELAK GANTI SEMASA BULAN RAMADAN

Timbalan Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, YB Nik Baharum Nik Abdullah

Oleh : Che Maziah Mat

KOTA BHARU, 25 Februari – Umat Islam digesa untuk segera menggantikan ibadah wajib yang tertinggal tanpa menangguhkannya sehingga bulan Ramadan.

Timbalan Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, YB Nik Baharum Nik Abdullah menegaskan bahawa bulan Ramadan sepatutnya dimanfaatkan untuk meningkatkan amal ibadah, bukan menggantikan yang tertinggal.

"Ramai yang tanya pada saya, nak ganti sembahyang dan mahu niat untuk qada’ semasa sembahyang tarawih jawapan saya boleh, tetapi kenapa perlu ganti semasa tarawih, sedangkan tarawih ini hanya ada pada bulan Ramadan sahaja dan bukan pada bulan-bulan lain,

Maka pada saya, tersangatlah rugi pada mereka yang ingin berbuat demikian kerana amalan wajib ini perlu digantikan terus tanpa perlu menangguhkannya."

Beliau berkata demikian semasa ucapan aluan sempena Ceramah Ambang Ramadan, anjuran Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan (UPKN) bertempat di Masjid Kota Darul Naim hari ini.

Sementara itu, penceramah jemputan Ustaz Mokhtar Yaacob berkata setiap orang perlu audit atau muhasabah diri sendiri untuk menyemak amalan ibadah yang dilakukan sama ada meningkat atau pun statik.

Sempena tibanya bulan Ramadan nanti, beliau mengajak orang ramai supaya meningkatkan amal ibadah dan memperbanyakkan sedekah agar tidak termasuk dalam kategori manusia yang miskin iman dan miskin harta.



Post a Comment

0 Comments