Ticker

6/recent/ticker-posts

100 anak yatim rasai pengalaman menginap di hotel



SALMAH MAT HUSAIN

KOTA BHARU: Hotel H-Elite Design  menawarkan pengalaman unik sempena Ramadan tahun ini dengan menyediakan penginapan serta bufet berbuka puasa khas untuk anak-anak yatim.


Pengurus Besar H-Elite Design, Hamzah Rosli berkata, seramai 100 anak yatim dari beberapa rumah kebajikan sekitar Kota Bharu  akan diraikan dalam program khas tersebut.


“Kita sediakan 25 bilik untuk anak yatim lelaki dan 25 bilik anak yatim perempuan bagi memberi mereka peluang merasai pengalaman menginap di hotel,” katanya ketika ditemui pada program food review di hotel tersebut kelmarin.


Selain itu hotel terbabit juga akan mengedarkan pek makanan ke beberapa surau setiap hari Jumaat sepanjang Ramadan.



“Jumaat pertama ini, kita akan edarkan 50 pek juadah berbuka puasa berupa nasi di Masjid Tunjong, Masjid Padang Enggang dan Masjid Kota,” tambahnya.


Menurutnya juga bagi kemudahan pelanggan, hotel terbabit turut menyediakan ruang solat tarawih dengan imam khas dari pusat tahfiz yang boleh memuatkan 50 jemaah.


Mengenai bufet Ramadan, lebih 100 menu ditawarkan dengan tema Teroka Ramadan, menampilkan hidangan Timur Tengah seperti nasi Arab, sup kaki kambing cita rasa Mesir, serta menu baharu seperti perut bakar dan perut air asam.


Harga bufet ditawarkan pada kadar istimewa RM64 bagi lima hari pertama sehingga 6 Mac, dan harga RM88 bermula 7 Mac hingga 30 Mac berbanding harga asal bufet RM128.

Post a Comment

0 Comments