Ticker

6/recent/ticker-posts

400 keluarga terima bakul makanan Yayasan Petronas



SALMAH MAT HUSAIN

KOTA BHARU: Yayasan Petronas menyantuni 400 keluarga kurang berkemampuan di Kelantan dengan mengagihkan bakul makanan.


Pengurus Besar Petronas Wilayah Timur, Mohammad Ahmad Shazly Ramli berkata, sumbangan berkenaan disalurkan untuk meringankan beban mereka sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri.


Katanya agihan itu melibatkan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam usaha untuk membantu golongan kurang berkemampuan membuat persiapan menjelang lebaran.


“Setiap keluarga terpilih menerima sumbangan yang mengandungi barangan makanan asas seperti beras, minyak masak, kari ayam dalam tin, gula, garam, serbuk minuman coklat dan teh.


"Selain itu kacang tanah, santan kotak, pes rendang dan pes kuah kacang,” katanya pada Majlis Memacu Kehidupan Hari Raya Aidilfitri 2025 dan Majlis Berbuka Puasa Petronas di sebuah hotel di sini kelmarin. 



Sumbangan berkenaan disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembngunan Keluarga dan Wanita negeri, Rohani Ibrahim.


Ahmad Shazly juga berkata, Yayasan Petronas turut menyampaikan biskut raya yang disediakan oleh peserta Program Memampankan Ekonomi Asas Rakyat (Mekar).


Usaha itu, tambahnya, sebagai salah satu usaha Petronas membantu meningkatkan taraf kehidupan usahawan industri kecil dan sederhana.

Post a Comment

0 Comments