Ticker

6/recent/ticker-posts

JAGA ETIKA, TANGGUNGJAWAB DALAM PENGGUNAAN MEDIA MODEN

Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, YB Mohd Asri Mat Daud

Oleh: Asri Hamat 

KOTA DARULNAIM, 3 Mac- Kaedah penyampaian berita telah mengalami proses penambahbaikan dan semakin berkembang pesat.

Fenomena interaksi manusia melalui pelbagai platform media telah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian.

Namun, seiring dengan kemajuan teknologi yang tanpa sempadan, timbul persoalan mengenai penggunaan media yang betul dan beretika, terutamanya pada bulan Ramadan.

Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta YB Mohd Asri Mat Daud dalam tulisannya menekankan kepentingan menjaga etika dan menjaga hukum dalam penyampai berita melalui media sosial.

"Sudah menjadi satu kewajipan dalam menggunakan teknologi media tanpa sempadan mesti berpandukan etika dan batasan hukum.

"Manusia yang berakal mesti berhati-hati dan bertanggungjawab dalam pelayaran media agar tidak terjerumus ke dalam perkara yang tidak baik seperti fitnah, pembohongan, berniat tidak baik terhadap seseorang dan sebagainya."

Beliau berkata demikian menerusi satu catatan di media sosial miliknya menerusi ruangan "Tawassau" (saling berpesan) pada Ahad.

YB Mohd Asri juga turut mengingatkan, khususnya pada bulan Ramadan, supaya umat Islam sentiasa menjaga akhlak dan etika ketika berinteraksi di media sosial agar tidak merosakkan pahala puasa.

"Latihan selama sebulan menguasai diri dengan takwa diharapkan dapat menjadi benteng diri daripada terjebak dengan sifat-sifat yang suka menyebarkan  berita palsu atau fitnah dan pelbagai perkara yang mazmumah yang  boleh merosakkan pahala puasa sekali gus menjadi penghalang seseorang itu untuk masuk syurga," katanya.

Post a Comment

0 Comments