Ticker

6/recent/ticker-posts

PORTAL INVEST KELANTAN BANTU PELABUR DAPATKAN MAKLUMAT

Exco Pelaburan, Perindustrian, Sumber Manusia, Perdagangan dan Keusahawan Negeri Kelantan, YB Mejar (B) Dato’ Hj Md Anizam Ab Rahman


Oleh : Che Maziah Mat

KOTA BHARU, 22 April – Melalui kemudahan Portal Invest Kelantan, pelabur boleh mengetahui maklumat secara jelas dan terperinci mengenai potensi pelaburan yang boleh diterokai di negeri ini.

Menurut Exco Pelaburan, Perindustrian, Sumber Manusia, Perdagangan dan Keusahawan YB Mejar (B) Dato’ Hj Md Anizam Ab Rahman, portal ini membolehkan proses permohonan dari pelabur dapat dibuat secara atas talian tanpa perlu hadir melalui fizikal.

“Dengan adanya portal ini, ia memberi kemudahan kepada pelabur untuk mengaksesnya pada bila-bila masa dan di mana sahaja bagi tujuan membuat permohonan, mengemukakan dokumen dan juga memantau status permohonan.

Sehingga Februari tahun ini, jumlah pelawat yang melawat ke portal ini adalah sebanyak 18,383 orang,” katanya pada Persidangan Dewan Negeri Kelantan Penggal Ke-15, hari ini.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan daripada Ahli Dewan Negeri (ADN) Chetok, YB Tuan Zuraidin Abdullah, beliau memaklumkan bahawa permohonan daripada pelabur melalui portal ini pada tahun 2024 sahaja adalah sebanyak 19 permohonan, yang mana 14 permohonan telah pun lulus dan ⁠dua dalam proses. Manakala bagi tahun 2025 ini, permohonan terbaharu adalah sebanyak empat permohonan, ⁠dua telah pun mendapat kelulusan dan dua lagi masih dalam proses.

Post a Comment

0 Comments