Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

NR-REE: KHAZANAH STRATEGIK EKONOMI KELANTAN – YB ZURAIDIN
utama

NR-REE: KHAZANAH STRATEGIK EKONOMI KELANTAN – YB ZURAIDIN

Ahli Dewan Negeri (ADN) Chetok, YB Zuraidin Abdullah


Oleh: Norzana Razaly

KOTA DARULNAIM, 22 April – Kepentingan pembangunan sumber mineral bukan radioaktif unsur nadir bumi (NR-REE) sebagai khazanah strategik ekonomi bagi Negeri Kelantan menjadi fokus Ahli Dewan Negeri (ADN) Chetok, YB Zuraidin Abdullah ketika membahaskan Titah Diraja sempena Persidangan Dewan Negeri Kelantan ke-15, hari ini.

Menurut YB Zuraidin, pembangunan industri NR-REE secara bersepadu dan berteraskan prinsip kelestarian berpotensil besar menjana pendapatan negeri secara mampan dan berdaya saing dalam jangka masa panjang.

“NR-REE bukan sahaja mampu menjadi penyumbang utama kepada hasil negeri, malah dapat membuka peluang pekerjaan berimpak tinggi serta merangsang pertumbuhan industri hiliran yang bernilai tambah,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru agar satu kajian menyeluruh berkenaan potensi sebenar NR-REE di Kelantan dilaksanakan, di samping merangka pelan hala tuju pembangunan industri tersebut secara sistematik dan terancang.

“Kajian ini perlu meliputi aspek teknikal, ekonomi, alam sekitar dan sosial agar pembangunan NR-REE berlaku secara lestari serta selaras dengan kepentingan rakyat dan negeri,” katanya.

YB Zuraidin turut menekankan keperluan kepada tadbir urus yang cekap dan berintegriti, khususnya dalam pengurusan rantaian industri NR-REE dari peringkat huluan hingga hiliran.

“Peranan syarikat milik kerajaan negeri (GLC) wajar diperkasakan agar dapat menjadi peneraju utama dalam keseluruhan ekosistem industri NR-REE di Kelantan,” katanya lagi.

Beliau percaya, melalui kerangka perancangan yang menyeluruh dan sokongan semua pihak, industri NR-REE mampu menjadi pemangkin baharu kepada kekuatan ekonomi Kelantan yang lebih dinamik dan berdikari.
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook