KOTA DARULNAIM, 15 April – Projek naik taraf Loji Rawatan Air (LRA) Merbau Chondong yang kini giat dilaksanakan oleh Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) mencatatkan kemajuan memberangsangkan apabila pembinaannya berjaya mendahului jadual yang ditetapkan.
Exco Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar YB Dato’ Dr Izani Husin berkata, kemajuan itu membuktikan tahap komitmen tinggi pihak AKSB serta kontraktor pelaksana dalam memastikan projek tersebut dapat disiapkan segera demi kesejahteraan pengguna.
“Kemajuan projek ini menunjukkan kesungguhan semua pihak untuk menyelesaikan isu bekalan air yang membelenggu kawasan terlibat, khususnya di sekitar Machang.
“Saya yakin apabila projek ini siap sepenuhnya nanti, ia akan memberi manfaat kepada penduduk Machang, sebahagian Pasir Puteh, kawasan Kota Bharu Selatan serta institusi pengajian tinggi seperti UiTM Machang, Kolej Matrikulasi Kelantan dan Politeknik Kok Lanas,” katanya menerusi satu hantaran di laman media sosial rasmi beliau, hari ini.
Projek penaiktarafan yang menelan belanja RM9.45 juta itu dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Kelantan, dan bertujuan meningkatkan kapasiti loji daripada 45 juta liter sehari (JLH) kepada 70 JLH.
Tambah beliau, projek yang bermula pada November 2024 dan dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2026 itu turut menyasarkan penyelesaian terhadap isu "air hitam" yang berpunca daripada kehadiran unsur asing dalam sumber air mentah.
Terdahulu, YB Dato’ Dr Izani turut melakukan lawatan tapak bagi meninjau perkembangan semasa kerja-kerja pembinaan dan penaiktarafan loji berkenaan bersama pasukan teknikal AKSB.
Mengulas lanjut, beliau memaklumkan bahawa AKSB kini giat melaksanakan Pelan Induk AKSB 2021–2030 yang melibatkan pelaburan keseluruhan berjumlah RM5.03 bilion.
“Pelan ini merangkumi projek strategik seperti pembinaan Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS), penaiktarafan loji rawatan air sedia ada serta pengurangan kadar Air Tidak Terhasil (NRW), ke arah sistem bekalan air yang lebih cekap dan lestari.
“AKSB terus komited memastikan setiap projek berjalan mengikut jadual. Dengan sokongan padu kerajaan negeri dan kerjasama semua pihak, kita percaya usaha ini mampu menyelesaikan secara berperingkat isu bekalan air yang telah lama membelenggu rakyat Kelantan,” ujarnya.

0 Comments