Ticker

6/recent/ticker-posts

Pemimpin Chenchnya hafal al Quran



Dr Zulkeflee Yaacob

BANGSA Chenchnya merupakan kelompok etnik yang mendiami wilayah utara Rusia, dikenali masyarakat pergunungan sejak ribuan tahun dan memiliki sistem sosial yang berakarkan Islam.


Islam masuk ke Chenchnya pada abad ke-16 hingga ke-19 melalui perdagangan dan hubungan kesultanan Uthmaniah. mazhab Shafi’i menjadi dominan di samping mazhab Hanafi. 


Malah amalan kerohanian tarikat Naqsyabandiyah dan Qadiriyah berperanan besar terutama dalam taktik peperangan.



Chenchnya terletak di atas pergunungan Kaukasus (Caucasus) utara dan Grozny merupakan ibu kota Chechnya yang bersempadan dengan Ingushetia di barat dan Ossetia Utara-Alania serta Jajahan Stavropol di barat laut. 


Kawasan timur pula disempadani Dagestan manakala negara Georgia terletak di selatan. Chechnya merupakan wilayah 95 peratus majoriti Islam dan aturan Islam sebagai teras kehidupan di Rusia.


Etnik Chechen membentuk 95.3 peratus populasi, diikuti orang Rusia (24,382 orang, 1.9 peratus), Kumyk (12,221 orang, 1 peratus), Ingush (1,296 orang, 0.1 peratus) dan beberapa etnik kecil lain termasuk Armenia yang terdiri daripada beberapa keluarga.


Bahasa Chechen dan Rusia menjadi bahasa komunikasi utama di Chechnya. Keluasan buminya kira-kira 17,300 km. 


Selepas zaman Soviet, berlaku kebangkitan Islam di Chechnya dengan kemunculan ratusan masjid, puluhan madrasah serta ditubuhkan sebuah universiti Islam dan badan pengurusan jemaah ke Mekah yang dikenali Kunta-haji.



Sebuah pusat perubatan Islam diwujud di Grozny. Manakala komuniti kecil masyarakat Kristian masih mengamalkan anutannya di beberapa gereja Ortodoks Rusia. Gereja yang musnah akibat peperangan dibina semula di Chenchnya.


Islam identiti nasional 


Sejarah perjuangan Chenchnya yang panjang dan kental melawan kuasa luar terutamanya Rusia dengan dinamika Islam sebagai identiti nasional mereka. 


Chechnya menentang Rusia pada akhir abad ke-18 berikutan pembunuhan Imam Mansur, seorang pejuang penentang legenda, pada tahun 1791.



Selepas Czar, iaitu Pent gelaran yang diberikan kepada raja Rusia mengarahkan Jeneral Yermolov untuk memimpin pasukan tentera Rusia, memerangi orang Chechen yang tinggal di utara Caucasus. 


Peristiwa tragis pada tahun 1816 di mana orang Chechen dibunuh dengan kejam termasuk pemimpin umat Islam Chechen Imam Hamzat.


Penggantinya, Sheikh Shamil seorang pemimpin sufi dan tokoh jihad memimpin tentera Chechen. 


Beliau menerajui pasukan tentera Muslim melawan Rusia untuk mendapatkan kemerdekaan. Kemudian diwarisi keluarganya. 


Sheikh Shamil menentang dasar perluasan wilayah oleh Rusia selama suku abad, daripada 1834 sehingga 1859 dengan berani. Namun Rusia berjaya menawan dan menjadikan Chenchen wilayah Rusia sehingga kini.


Perjuangan orang Chechen untuk mendapatkan kemerdekaan pada hari ini sebenarnya adalah sambungan daripada pergerakan yang dimulakan Sheikh Shamil. 


Perang Chechnya pertama, yang berlangsung antara tahun 1994 hingga 1996, adalah konflik yang menggoncang wilayah Chechnya, sebuah republik otonomi di Kaukasus Utara, yang berusaha memperoleh kemerdekaan daripada Persekutuan Rusia. 


Mujahidin Islam 


Punca dan sebab yang kompleks dan rumit atas perbezaan etnik dan agama antara majoriti Muslim Chechnya dan Kristian Rusia menyaksikan pasukan Rusia menghadapi perlawanan sengit daripada mujahidin Islam Chechnya.


Pada tahun 1991, Chechnya menyatakan kemerdekaannya selepas runtuhnya Soviet Union tetapi Rusia tidak mengakui kemerdekaannya dan mendakwa berupaya mempertahankan wilayah tersebut. 


Malah Rusia melihat kemerdekaan Chechnya sebagai ancaman terhadap konsistensi wilayah lalu merekayasa gerak tempur ketenteraan.


Keunikan Chenchnya kerana memilki banyak penghafal Quran atau hafiz  meski pun berada di bawah tekanan politik dan sejarah buruk tetapi ketahanan penduduknya kerana sistem pendidikan Islam yang kuat.


Anak-anak diasuh dan diajar menghafal al Quran sejak kecil dengan dukungan pemerintah dalam bentuk biasiswa dan penghargaan kepada penghafal al Quran. 


Keluarga sangat berbangga jika ahli keluarga menjadi hafiz 30 juz al Quran. Budaya penghormatan al Quran sangat tinggi. Pemerintah mewujudkan madrasah dan pusat asuhan pendidikan Islam dan kompeten penghafal al Quran diselenggara secara berpusat.



Malah Presiden Chenchnya dalam kalangan hafiz Quran kerana kepimpinan sangat berkait dengan nilai-nilai Islam. 


Piawaian utama pemimpin, iaitu kemampuan menghafal Quran yang menunjukkan kedalaman pemahaman agama dan tinggi akhlak.


Ramzan Kadyrox dikenali sebagai pemimpin yang memiliki hubungan erat dengan ulama dan kerap hadir pada majlis ilmu dan mempromosikan nilai-nilai Islam dalam pemerintahan.


Biar pun tegas dalam pemerintahan tetapi pendekatan kemanusiaan dan kerohanian menjadi pertimbangan utama. 


Ramzan Kadyrov sekutu setia Presiden Rusia Vladimir Putin mengganti pascakematian ayahnya sejak 2007 sebagai teraju utama Chenchnya.


Beliau lahir pada 5 Oktober 1976 di Tsentaroy, Chechnya, merupakan anak kedua daripada empat bersaudara dalam keluarga Akhmad dan Aimani Kadyrov. 


Ayahnya, Akhmad Kadyrov, merupakan mufti Chechnya yang mendukung kemerdekaan Chechnya pada Perang Chechnya pertama. 


Namun, pada Perang Chechnya kedua, Akhmad beralih pihak dan mendukung Rusia, menjadikannya Presiden Chechnya pada tahun 2003 hingga Mei 2004. 


Akhmad tewas dalam serangan bom saat parade Hari Kemenangan di Grozny.


Dalam hal keluarga, Kadyrov menikahi Medni Musaevna Kadyrova pada 1996, dan mereka memiliki 12 anak, termasuk enam putra dan enam putri. 


Beberapa anaknya, termasuk Aishat dan Khadizhat diberi posisi penting dalam pemerintahan Chechnya. Anaknya yang berusia 17 tahun, Adam Kadyrov, sering disebut-sebut sebagai calon penerusnya.


Namun, laporan memperlihatkan Kadyrov meminta izin kepada Putin untuk berundur tetapi ditolak kerana beliau mampu mempengaruhi kestabilan politik di Chechnya. 


Kadyrov dikesan terbabit langsung dalam konflik di Ukraine apabila mengirimkan pasukan Chechnya untuk mendukung Rusia. la mengguna strategi tentera yang keras dan kontroversial. 


Beliau menjadi figur penting dalam politik Rusia, dengan hubungan yang erat dengan Putin.


Kadyrov membangun sistem pemerintahan yang bergantung pada atribut peribadi dan keluarga. 


Namun penggantinya menimbulkan perebutan kuasa dan konflik internal di Chenchnya sekiranya bukan dalam kalangan keluarganya.


Ini kerana legasi keluarga yang sangat taat pada Islam dan hubungan erat di antara ulama dan tokoh sufi dengan pemerintah sebagai penghormatan tradisi terhadap Islam. 


Ketaatan terhadap nilai-nilai Islam dalam kepimpinan termasuk kebijakan berakar syariah dalam kehidupan sosial.


Antaranya larangan rokok dan arak di bawah kepimpinan Ramzan Kadyrox suatu yang sangat jarang berlaku di Rusia. 


Ia dilakukan untuk menjaga kesihatan penduduk dan menangani kesan buruk akibat alkohol kerana minuman mabuk menjadi masalah besar di Rusia. 


Dengan mematuhi ajaran Islam yang melarang arak dapat mewujudkan masyarakat lebih disiplin dan kuat upaya fizikal dan mental.


Manakala wanita pula dilarang berpakaian mendedah aurat dan pemerintah menetapkan aturan berpakaian Islam. Wanita wajib berhijab atau pakaian menutup aurat di tempat awam.


Larangan berpakaian rock mini dan ketat. Jauh sekali pakaian seksi dengan mempromosi busana Muslim melalui medsos dan media tempatan. Kesan melanggar aturan berpakaian dikenakan hukuman yang bersifat pendidikan.


Wanita Chenchnya antara tercantik di dunia kerana genetik kacukan Arab dan Eropah.


Chenchnya terletak di persimpangan Asia dan Eropah di mana penduduk memiliki rupa etnik yang unik dan menarik. Fitur mata tajam, hidung lurus dan kulit cerah kasus kecantikan alami yang diwarisi turun-tumurun.


Usaha dan upaya Kadyrov mendapat sanjungan Kremlin yang menjamin kelangsungan kekuasaan keluarganya melalui dukungan politik dan militer, serta menempatkan anggota keluarga Kadyrov di posisi strategik. 


Namun, jika Kadyrov meninggal atau berundur tanpa pengganti yang jelas, menimbulkan kasus ketidakpastian dan potensi ketegangan di Chechnya.


Chenchnya unik dari sebuah wilayah Islam yang tega mempertahan identiti Islam dan antara Muslim yang taat peraturan agama, wilayah larangan rokok dan arak serta tanpa maksiat biar pun berada di negara sekular di Rusia. 


Masyarakat dan pemimpinnya simbol ketahanan budaya dan kerohanian dari demensi dunia moden.

Post a Comment

0 Comments