KUALA LUMPUR, 7 Julai 2025 – Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari menggesa Perdana Menteri segera pulang ke tanah air bagi memberikan penjelasan berhubung kontroversi pelantikan kehakiman yang sedang hangat diperkatakan.
“YAB Perdana Menteri wajib segera kembali ke tanah air dan memberikan penjelasan secara langsung kepada rakyat dan parlimen. Ini bukan isu kecil yang boleh dilengah-lengahkan. Ini isu melibatkan kedaulatan undang-undang dan masa depan keadilan dalam negara kita,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ahmad Fadhli turut menuntut agar kerajaan bertindak segera dan secara telus terhadap segala dakwaan yang timbul, sambil memberi amaran bahawa prinsip pengasingan kuasa boleh terancam sekiranya terdapat campur tangan politik dalam urusan kehakiman.
“Tanpa kebebasan kehakiman, kita tidak lagi boleh mendakwa Malaysia sebagai negara demokrasi, bahkan sedang meluncur ke arah pemerintahan berciri diktator,” tambah beliau.
Beliau turut memohon agar Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mempertimbangkan langkah sewajarnya demi menjamin kemuliaan dan kebebasan institusi kehakiman negara.
“Patik yakin bahawa Seri Paduka Baginda sentiasa menjunjung prinsip keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang, dan dengan penuh harapan, patik serta seluruh rakyat menantikan kebijaksanaan Baginda dalam menangani kemelut yang sedang melanda ini,” ujar beliau.
Difahamkan, Perdana Menteri kini berada di luar negara bagi menghadiri beberapa program termasuk Forum Perniagaan BRICS di Rio de Janeiro, Brazil.

0 Comments