Oleh: Muizzuddin Muda
PASIR PUTEH: Wakil rakyat bersama penghulu mukim dan sukarelawan bergotong-royong membaiki rumah bekas penghulu Taweh Allahyarham Saiful.
Turut serta peserta-peserta Ladang Rakyat Dun Gaal bagi menyiapkan rumah milik Suzana untuk keselesaan keluarganya.
Adun Gaal Ustaz Mohd Rodzi Ja’afar berkata, usaha tersebut sebahagian daripada inisiatif kebajikan dan keprihatinan Pusat Khidmat Dun Gaal bagi membantu penduduk yang memerlukan bantuan.
Katanya, arwah penghulu Saiful banyak berjasa kepada masyarakat di mukim Taweh sepanjang tempoh perkhidmatannya.
“Bekas penghulu terbabit merupakan pemimpin komuniti yang rapat dengan penduduk. Jadi sebagai menghargai jasanya kita bergotong royong membaiki rumah arwah,” katanya di sini baru-baru ini.
Menurutnya juga program tersebut mendapat sambutan pelbagai pihak di mana ramai datang bergotong royong bagi membaiki rumah terbabit.
0 Comments