![]() |
YBM Dato’ Kaya Perkasa Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Al-Haj Tengku Feissal, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan |
Oleh: Asri Hamat
KOTA DARULNAIM, 9 September – Ketua-ketua jabatan di negeri ini diseru agar lebih proaktif memastikan penyertaan dalam pertandingan inovasi dan program Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), bukan semata-mata mengejar anugerah, tetapi sebagai platform berterusan untuk mengaplikasikan idea baharu dalam tugasan harian.
Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan YBM Tengku Kaya Perkasa Dato' Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Al-Haj Tengku Feissal, berkata inovasi perlu dijadikan budaya kerja yang konsisten, seiring tuntutan perkhidmatan awam masa kini yang kian mencabar dan dinamik.
“Teruskan mencari pendekatan kreatif dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik. Jadikan inovasi dan kreativiti asas meningkatkan prestasi serta produktiviti, selaras aspirasi Kelantan untuk maju dan berdaya saing,” tegasnya ketika merasmikan Hari Inovasi Sektor Awam Kelantan 2025 di Dewan Teratai, Kompleks Kota Darulnaim, hari ini.
![]() |
(MAIK) dengan projek Sistem MyMAIK Dashboard |
Beliau turut menekankan bahawa inovasi bukan lagi pilihan, tetapi satu keperluan bagi memastikan rakyat menerima perkhidmatan yang lebih cekap, responsif dan mesra pelanggan.
Dalam pada itu, beliau berkongsi kejayaan Malaysia yang melonjak ke tangga ke-33 dalam Indeks Inovasi Global 2024, berbanding kedudukan ke-36 pada tahun sebelumnya, sekali gus membuktikan daya cipta, kreativiti dan adaptasi teknologi negara berada pada landasan tepat.
“Penyertaan penjawat awam dalam pertandingan inovasi dan KIK seharusnya dilihat sebagai usaha memperkukuh budaya kerja kreatif, yang akhirnya memberi manfaat langsung kepada rakyat,” katanya.
0 Comments