Rakyat berharap calon PM dari PN

A RAHMAN HARUN

ALOR SETAR: "Hari ini orang mula bincang siapa bakal perdana menteri (PM), kenapa, ramai tanya PN, siapa yang akan jadi perdana menteri.

"Ini kerana mereka dah hilang kepercayaan kepada menteri yang ada,, rakyat tercari-cari tokoh baru yang akan menerajui kerajaan selepas PRU16 ini," kata Timbalan Presiden PAS, Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Katanya rakyat sudah hilang keyakinan terhadap kepimpinan Dato' Seri Anwar Ibrahim sehingga spekulasi calon perdana menteri Perikatan Nasional (PN) kembali menjadi perbualan dan berlegar di media sosial.

"Kerajaan hari ini dirudum dengan pelbagai krisis termasuk kejatuhan nilai ringgit, peningkatan kos sara hidup tanpa penyelesaian," katanya ketika merasmikam Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia kali ke-66 di Kompleks PAS Kedah, di sini, hari ini.

Kata beliau apa tang berlaku itu memperlihatkan kemampuan PN yang dianggotai lima parti bakal menerajui tampuk pemerintahan negara di Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) tidak lama lagi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, perjuangan PAS semakin diterima rakyat bahkan keyakinan itu meningkatkan dengan pentadbiran empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Beliau berkata, ia merupakan hasil perjuangan PAS yang panjang setelah negara mencapai kemerdekaan, sehingga ada pihak menuduh kegagalan tersebut berpunca kerana parti itu meletakkan Islam dalam pendaftaran parti. 

Malah katanya sejarah negara turut menyaksikan banyak parti yang hilang dari arena politik tanah air dan ada juga yang dijenamakan semula untuk memberi nafas baharu seperti Parti Pekerja Malaysia.

Beliau berkata, nama Islam tetap digunakan untuk memberitahu PAS tidak menipu rakyat, bahkan agenda Islam untuk memupuk kehidupan lebih baik.

"Saya nak tegaskan di sini banyak parti yang tak ada nama Islam tetapi ghaibal ghuyub (hilang), berapa banyak parti yang tak ada langsung jenama Islam tidak dapat sokongan rakyat dalam pilihan raya," ujarnya. 

Post a Comment

0 Comments