A RAHMAN HARUN
ALOR SETAR: Zionis Israel seolah-olah diberi 'lampu hijau' oleh pihak berkuasa dunia untuk melakukan kezaliman dengan membiarkan penduduk Gaza dibelenggu kebuluran dan kemusnahan.
Malah Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) tidak lagi boleh diharapkan untuk membela nasib penduduk Gaza.
Timbalan Presiden PAS, Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kerajaan haram Zionis terus dibiarkan bermaharajalela melakukan pembunuhan beramai-ramai yang paling kejam dalam sejarah manusia moden.
"Hari ini sudah sampai masanya Yahudi laknatullah dinyahkan dari muka bumi ini, kita mesti bina kekuatan umat Islam seluruh dunia dan mereka yang mendaulatkan nilai-nilai kemanusiaan tanpa mengira kaum dan agama.
"Kita sudah tidak boleh lagi harap kepada PBB dan badan keselamatan antarabangsa," katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia kali ke-66 di Kompleks PAS Kedah, di sini, hari ini.
Menurutnya segelintir pemimpin negara Islam dan dunia Arab lebih cenderung untuk menjadi sekutu Amerika Syarikat dan Israel berbanding membantu sesama umat Islam ditindas.
Sedangkan kata beliau, perangai tersebut sudah diterangkan dalam ayat al Quran surah al Maidah mengenai gelagat orang munafik yang berusaha mendampingi golongan yahudi dan nasrani kerana bimbang ditimpa bencana.
Menurutnya, konflik tersebut menyaksikan negara-negara Arab sekitar Palestin bukan sahaja membisu malah memberi sokongan persenjataan serta kerjasama terhadap kekejaman yang dilakukan oleh Israel.
"Allah sudah sebut kenapa negara Islam dakwa takut untuk bantu sahabat kita di Gaza, Allah jawab kerana mereka takut ditimpa bencana sehingga meminta pertolongan Amerika," ujarnya.
0 Comments