Kak Lah nafi terbabit aktif NGO PFWP

Oleh Intan Lestari

KOTA BHARU:  Ahli Parlimen Rantau Panjang Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff menafikan dakwaan yang tular di media sosial kononnya beliau terlibat secara aktif dalam NGO Parliamentarians Federation for World Peace Malaysia (PFWP).

Katanya beliau tidak pernah menghadiri sebarang upacara, delegasi rasmi atau misi di dalam mahupun luar negara yang dianjurkan oleh NGO berkenaan.

"Saya juga tidak pernah terlibat secara aktif dalam NGO tersebut, dan tidak pernah menyertai sebarang gerakan atau program yang dikaitkan dengan agenda agama lain.

"Sebarang naratif yang cuba mengaitkan saya dengan gerakan Kristian atau dakyah agama lain adalah tidak benar sama sekali dan merupakan fitnah yang boleh mengelirukan masyarakat," katanya pada kenyataan di sini. 

Sebelum ini tular di media sosial kononnya Siti Zailah yang Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan terbabit aktif dalam NGO Parliamentarians Federation for World Peace Malaysia NGO Parliamentarians Federation for World Peace Malaysia.

Kata beliau penggunaan namanya dalam hantaran tersebut tanpa kebenaran dan tidak mewakili pendirian beliau sama ada dahulu atau sekarang.

"Saya berharap penafian ini memberi penjelasan yang jelas kepada masyarakat dan seterusnya menghentikan segala fitnah serta salah faham yang boleh menjejaskan keharmonian," ujarnya. 

 Kata beliau juga pelantikannya dalam NGO tersebut suatu ketika dahulu  sebagai wakil pembangkang bagi membawa suara dan pandangan berkaitan isu hak asasi manusia, keamanan dan kesejahteraan sejagat.

Oleh itu beliau berharap semua pihak  lebih berhati-hati dalam menyebarkan maklumat, terutamanya yang melibatkan nama pemimpin awam tanpa merujuk kepada sumber rasmi.

Post a Comment

0 Comments