Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Pusat digesa baiki segera titi gantung runtuh
utama

Pusat digesa baiki segera titi gantung runtuh

 
Oleh Salmah Mat Husain |

KOTA BHARU: Titi gantung yang roboh di Kampung Chatel, Lata Rek sehingga menyebabkan penduduk terjatuh ke dalam sungai baru-baru ini, dijanjikan kerajaan Pusat untuk dibaiki segera.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor mengarah supaya  peruntukan disediakan segera bagi menggantikan segera titi gantung yang runtuh.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) menerusi kenyataan memaklumkan arahan itu bagi menjamin keselamatan dan kemudahan rakyat.

Malangnya sehingga kini selepas hampir dua minggu tragedi itu berlaku, belum kelihatan projek terbabit dilaksanakan.

Pada awal Januari lepas media melaporkan sebuah titi gantung yang dilalui tetamu ke majlis perkahwinan tiba-tiba runtuh menyebabkan lebih 50 mangsa terjatuh ke dalam Sungai Chatel Damai, Lata Rek.

Insiden dilapor berlaku kira-kira jam 2 petang itu ketika rombongan tetamu pengantin lelaki melalui titi berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri, Dato’ Rohani Ibrahim berkata, kerajaan negeri berharap Kerajaan Persekutuan membina segera jambatan terbabit kerana ia laluan utama penduduk di beberapa kampung sekitar.

Katanya, jambatan gantung berkenaan menjadi laluan utama penduduk ke kawasan kampung dan kebun.

“Kelewatan pembaikan jambatan tersebut menyebabkan penduduk berdepan kesukaran untuk menguruskan kehidupan harian, lebih-lebih lagi sesi persekolahan sudah bermula,” ujarnya ketika dihubungi hari ini.

Minggu lepas Rohani melawat lokasi kejadian di Lata Rek dan menziarahi mangsa-mangsa yang terlibat dalam kejadian berkenaan. Turut hadir Adun Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah dan penghulu.

Seorang mangsa, Nazira Abdullah mengalami kecederaan serius apabila mengalami patah kaki dan terpaksa menjalani pembedahan di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kuala Krai, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri atas respon segera terhadap isu runtuhan jambatan gantung yang berlaku 1 Januari lalu.

Bagaimanapun beliau menjelaskan terdapat kekeliruan melibatkan nama kampung dalam kenyataan awal, di mana jambatan yang runtuh sebenarnya terletak di Kampung Chatel, Lata Rek di Dun Manek Urai.

Menurutnya juga beberapa kampung di Dun Mengkebang turut memerlukan pembinaan jambatan baharu bagi menggantikan jambatan lama yang sering ditenggelami banjir.

Kampung terbabit temasuk Pasir Jering, Dusun Ban, Dusun Bunut dan Batu Pagar yang terletak di Chenulang.

“Sudah beberapa kali isu Jambatan Pasir Jering dibangkitkan dan agensi berkaitan telah turun melakukan lawatan tapak minggu lalu dan berharap tahun 2026 bakal membawa khabar gembira kepada penduduk terlibat,” ujarnya.

 

 

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook