Kos hidup rakyat ketara berbeza antara wilayah

 

Oleh A Rahman Harun |

KUALA LUMPUR: Laporan Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah (HIES) 2024 mendedahkan kos hidup rakyat masih wujud perbezaan yang ketara antara wilayah.

Jurang ketidakseimbangan pendapatan dan kos sara hidup antara wilayah masih berlaku terutamanya bandar yang pesat membangun dengan kawasan luar bandar di Pantai Timur, Sabah dan Sarawak.

Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) Sik Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) perlu membuat penilaian kos sara hidup sebenar berdasarkan keperluan negeri-negeri.

"Contohnya kos barangan pembinaan, kadang-kadang di luar bandar lebih mahal berbanding di bandar," katanya di Dewan Rakyat semalam.

Ahmad Tarmizi juga berkata berdasar Laporan Survei Migrasi Malaysia 2024, jumlah meningkat hampir dua kali ganda kepada 301,100 pada 2024 berbanding 158,800 pada 2022, menjadikan Selangor dan Kuala Lumpur sebagai destinasi utama.

Menurutnya pemindahan belia kampung ke bandar sangat ketara kerana ketidakseimbangan pendapatan dan kenaikan kos sara hidup.

Sementara itu Armizan berkata, perancangan kerajaan dalam menangani isu kos sara hidup dilaksanakan secara pukal dan bukan bersasar penyumbang utama.

"Tahun lalu kerajaan memperkenalkan indikator kos sara hidup sebagai permulaan, bukan sekadar mengikut wilayah membuat penilaian bersandarkan daerah boleh diakses oleh umum," katanya.

Post a Comment

0 Comments