KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mempunyai data berkaitan dengan identiti biometrik, lokasi dan status setiap warga asing yang berada di negara ini.
Ahli Parlimen Padang Besar, Rushdan Rusmi berkata, kerajaan perlu mempunyai data siapa mereka, datang dari mana, bagaimana memasuki Malaysia, bila masuk, di mana tinggal dan status mereka.
Katanya, apa yang penting mereka benar-benar pelarian atau terdapat kategori lain yang perlu diurus mengikut undang-undang di Malaysia.
“Ini bukan diskriminasi. Ini asas kepada pengurusan negara. Pada masa yang sama ia tidak boleh disalah faham sebagai tiket kepada kewarganegaraan.
“Kita mesti mempertahankan hak asasi manusia dan pada masa yang sama mesti mempertahan kedaulatan negara,” katanya pada sesi perbahasan bagi penerangan mengenai Pengurusan Pelarian di Malaysia di Dewan Rakyat hari ini.
Menurutnya juga pengalaman bersama Dr Azizan Bahari dan Dr Husna Sulaiman terlibat pelarian pengurusan pelarian pada 2004 banyak membantu bersama UNHCR.
Kata beliau isu pelarian di Malaysia sudah terlalu lama berada dalam keadaan yang disifatkan sebagai gray skill gray area.
Isu kedua kemasukan baharu secara haram dengan mengambil biometrik dan boleh menyediakan pusat pengurusan.
“Tetapi jika setiap tahun masih berlaku lagi kemasukan baharu melalui jalan tikus, bot dan rangkaian penyerupan manusia, kita hanya menguruskan tanpa menyelesaikan punca.
“Saya masih juga menunggu pembinaan pagar konkrit di sempadan Perlis- Thailand dan cadangan pemasangan floating boom di sempadan Kuala Perlis dan Satun.
“Dalam konteks negeri sempadan. Perlis berdepan cabaran tersendiri. Kita berdepan dengan laluan rasmi dan laluan tidak rasmi,” ujarnya.
Kata beliau kerajaan berdepan penyerupan barang terlarang dan pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan.



0 Comments