#pimpinan
Alhamdulillah, saya bersyukur kerana dapat bersama-sama warga 8 Briged, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kem Desa Pahlawan.
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merupakan benteng kedaulatan negara dalam memastikan keselamatan dan kemakmuran rakyat Malaysia terus terpelihara.
Kerajaan Negeri turut menghargai peranan ATM khususnya dalam mengharungi cabaran semasa penularan wabak COVID-19, operasi banjir dan program bersama rakyat.
ATM dengan penuh komitmen telah berjaya memastikan keselamatan sempadan negara khususnya melibatkan negeri Kelantan menerusi pelaksanaan OPS Benteng. ATM turut memainkan peranan besar dalam misi banjir dengan kesiapsiagaan menerusi OPS Murni.
Manakala, Projek Jiwa Murni telah membawa kesan besar dalam mengeratkan hubungan ATM dan rakyat. Pada April 2021, program tersebut berjaya membina dan membaiki rumah penduduk miskin di negeri Kelantan.
Terima kasih dan penghargaan kepada YB Dato' Sri Ikmal Hisyam Abdul Aziz, Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia dan Yang Berbahagia Briged Jeneral Abu Hassan Assha'ari bin Khamis @ Shaffiee Panglima 8 Briged atas usaha menjayakan program pada hari kali ini.
#MerakyatMembangunBersamaIslam
#KeberkatanKemakmuranKebajikan
#tentera
#ATM












-Baca seterusnya...
2022-09-28 08:14:03
#pimpinan
0 Comments