#pas
Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) sangat bersetuju dan menyokong tulisan terbaru Presiden PAS bertajuk "Mengapa PAS Menolak PH?".
Sepanjang 22 bulan PH menjadi kerajaan, mereka bukan sahaja telah mewujudkan jurang yang lebih besar antara kaum, bahkan tidak menghormati bangsa Melayu yang merupakan kaum majoriti di Malaysia di samping terus menyebarkan api kebencian terhadap PAS mahupun parti lain.
Mereka juga dilihat tidak mempunyai "political will" untuk mewujudkan dan menjaga kesejahteraan dan keharmonian antara kaum apabila DAP, salah satu parti komponen dalam PH menonjolkan sikap yang cauvinis.
PH gagal menunaikan manifesto yang mereka kemukakan semasa pilihan raya umum yang lalu sebaliknya sibuk membongkar dan menuding jari kepada pihak lain atas kelemahan mereka sendiri, seolah-olah mereka pula yang berada di pihak pembangkang.
Justeru, DHPP mengajak rakyat Malaysia yang layak, supaya turun mengundi dalam pilihan raya umum yang akan datang untuk memilih calon yang lebih berintegriti dan mampu mentadbir negara secara adil, sebagaimana yang telah ditunjukkan di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
Marilah kita bersama membina negara Malaysia yang lebih sejahtera!

-Baca seterusnya...
2022-09-17 09:08:14
#pas
0 Comments