Ticker

6/recent/ticker-posts

KENYATAAN MEDIA PAS MELAKA POLITIK KOTOR DAP-PH Budaya politik fitnah adalah sinonim dengan PH terutamanya DAP. Ia adalah buda...



#pas

KENYATAAN MEDIA PAS MELAKA

POLITIK KOTOR DAP-PH

Budaya politik fitnah adalah sinonim dengan PH terutamanya DAP. Ia adalah budaya politik kepada sebuah perjuangan yang bangkrap idea, menipu rakyat dalam janji-janji mereka, mesra Komunis dan menjadi lidah kepada para penentang Islam.

DAP sebagai sebuah parti yang menganuti fahaman Sosialis yang merupakan adik kepada fahaman Komunis serta para pemimpinnya yang terpalit dengan tuduhan rasuah dan jenayah seksual tidak mampu membawa isu yang benar-benar tulin dan bermanfaat kepada rakyat berbilang kaum di Melaka khususnya dan negara amnya.

Bimbang terhadap penolakan rakyat yang tidak percaya kepada budaya politik kotor tersebut maka DAP bertindak melemparkan fitnah terhadap PAS dan pemimpinnya.

PAS sebagai parti yang menjadi bukti bahawa negara ini dan bangsa Melayu apabila berpedomankan Islam mampu sentiasa melahirkan kepimpinan politik yang jujur lagi berintegriti. Hakikat ini adalah sangat-sangat ditakuti oleh DAP.

PAS Negeri Melaka melihat tuduhan dan fitnah jahat yang dilemparkan terhadap Presiden PAS seorang ulama yang berjasa besar terhadap perjuangan Islam dan negara akan hanya menjauhkan lagi sokongan rakyat terhadap DAP dan sekutu-sekutunya dalam PRU ke 15 inshaAllah.

PAS sebagai parti yang telah terbukti bebas rasuah dalam rekod pentadbirannya di Kelantan serta di Terengganu dan Kedah adalah seperti langit dengan bumi berbanding parti chauvanist DAP.

Semoga Allah menjauhkan negara dari DAP dan budaya politik fitnah yang dibawa olehnya demi kesejahteraan negara dan rakyat.

TUAN GURU HJ ZULKIFLI ISMAIL
Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka
15 September 2022

#TolakPH
#MalaysiaSejahtera
#IslamMenyatukanUmmah

...
-Baca seterusnya...
2022-09-17 03:18:43

#pas

Post a Comment

0 Comments