#pas
KATAK DI BAWAH TEMPURUNG DIGITAL
1. Tular di media sosial satu ucapan yang disampaikan oleh Rafizi Ramli Timbalan Presiden PKR yang telah memfitnah PAS kononnya PAS menggunakan jentera kerajaan untuk turun berkempen.
2. Lebih melucukan apabila beliau mengatakan bahawa kini setelah menjadi kerajaan, PAS tidak lagi berani mengadakan ceramah besar-besaran.
3. Mulanya sewaktu saya mengikuti perkembangan Rafizi yang membuat "come back" untuk kembali memimpin PKR sebagai Timbalan Presiden, saya jangka akan berlaku perubahan besar pada PKR dan gerakan PKR kembali akan menyengat.
4. Ternyata tanggapan saya meleset jauh. Sentuhan Rafizi bukan sahaja hambar, malah beliau kembali menghidupkan api - api fitnah dalam ucapan dan siri kempen beliau. Terbaharu beliau sasarkan PAS.
5. Sekadar membawa beberapa contoh betapa PAS tetap mendapat tempat di hati masyarakat apabila program PAS terus mendapat sambutan hangat dan luar biasa tanpa kerahan jentera kerajaan sebagaimana fitnah yang dilontar.
i) Himpunan Jentera Pilihanraya PAS Kedah dan Kempen PAS Pilihanku. Ribuan yang hadir pada majlis tersebut dan 780 ahli baharu menyertai PAS.
Tarikh : 22 Julai 2022
Hari : Jumaat
Masa : Malam
Tempat : Kompleks PAS Kedah Kota Sarang Semut Alor Setar Kedah.
ii) H20K atau Himpunan Hijau 3.0 anjuran PAS Negeri Pahang. (Sekitar 20 ribu yang hadir.)
Tarikh : 31 Julai 2022
Hari : Ahad
Masa : Malam
Tempat : Pantai Sepat Kuantan Pahang.
iii) Himpunan Jentera Pilihanraya Pemuda PAS Kedah. (Hampir 5 ribu kehadhiran) Turut menyaksikan 2000 anak muda menyertai konvoi.
Tarikh : 13 Ogos 2022
Hari : Sabtu
Tempat : Dataran Markaz JPrD Pesu Pekan Naka Kedah.
iv) Himpunan Jentera Pilihanraya PAS Melaka. Sekitar 5 ribu yang hadir.
Tarikh : 17 Ogos 2022
Hari : Rabu
Masa : Malam
Tempat : Pejabat PAS Semabok Melaka.
v) Pelancaran Kempen PAS Pilihanku Peringkat Negeri Johor. (Sekitar 2000 kehadiran)
Tarikh : 20 Ogos 2022
Hari : Sabtu
Tempat : PASTI Hadi Parit Tarom Muar Johor.
vi) Gelombang AKIFI Muslimat PAS Malaysia di Baling Kedah. Muslimat di Baling sahaja hampir 500 orang yang hadir. (Ini sebenarnya adalah program mingguan Muslimat PAS Malaysia ke seluruh negara)
Tarikh : 31 Ogos 2022
Hari : Rabu
Tempat : Madrasah Islahiah Diniah Memali Kedah.
vii) Terbaharu ialah Himpunan Jentera Pilihanraya PAS sempena Muktamar PAS ke 68. Lautan manusia membanjiri dataran Kompleks PAS Kedah.
Tarikh : 03 Sept 2022
Hari : Sabtu
Masa : Malam
Tempat : Kompleks PAS Kedah. Kota Sarang Semut Alor Setar Kedah.
6. Bagaimana Rafizi tergamak dan boleh membodohi masyarakat zaman teknologi digital hari ini, kononnya PAS kini tidak berani lagi mengadakan ceramah besar-besaran ?
7. Kenapa tidak beliau menggunakan kaedah yang bersih (tanpa fitnah) untuk berkempen dan mengembalikan reputasi PKR ? atau beliau dan PKR hanya boleh hidup dengan fitnah ?
Sekian.
Sekali Serban Dililit. 167
17 Safar 1444 | 14 Sept 2022
Oleh : Nasrudin bin Hassan
https://m.facebook.com/serbandililit
#1Lawan1
#PenyatuanUmmah
#MalaysiaSejahtera
-Baca seterusnya...
2022-09-14 14:21:48
#pas
0 Comments