Ticker

6/recent/ticker-posts

Kenangan yang paling manis yang saya rasai ialah bila saya kembali ke tanah air selepas belajar di luar negara pada akhir tahun 1975.



#pimpinan

Kenangan yang paling manis yang saya rasai ialah bila saya kembali ke tanah air selepas belajar di luar negara pada akhir tahun 1975.

Sebaik sahaja balik, terus saya dilantik menjadi Ketua Pemuda PAS Negeri Terengganu oleh Dato' Mustafa Ali. Kemudian dimasukkan sebagai ahli jawatan kuasa Pemuda PAS Pusat dan ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat.

Perkara ini menakutkan saya pada waktu itu kerana umur saya yang masih muda iaitu sekitar 30-an. Bagaimana saya yang muda ini nak duduk semeja dengan Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Yusuf Rawa yang lebih tua daripada saya. Keadaan ini menyulitkan saya pada ketika itu.

Dalam masa yang sama disebabkan mereka ini sudah berumur, apabila ada jemputan program daripada luar negara maka saya yang diamanahkan untuk menghadiri persidangan-persidangan antarabangsa.

Sehinggakan saya diamanahkan untuk menyertai rombongan bagi menyelesaikan krisis-krisis antarabangsa seperti Perang Yaman, Perang Afghanistan, Perang Acheh dan lain-lain.

Semua ini merupakan amanah yang sangat besar dan sukar namun ia menjadi kenangan yang sangat manis buat saya.

[Pra Himpunan Teguh Pertahan, 23 September, Terengganu]

























(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-09-24 00:39:42

#pimpinan

Post a Comment

0 Comments