#pimpinan
PAS mahukan supaya Islam memimpin. Bukan hanya sekadar di kalangan ahli PAS sahaja, tetapi mesti digabungkan seluruh orang Islam terlebih dahulu.
Kita mengambil contoh seperti yang pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW di Madinah.
Apabila Nabi SAW berhijrah ke Madinah, Nabi menggabungkan Muhajirin, Aus dan Khazraj. Disatukan orang Islam supaya kuat dan menjadi tonggak kepada perpaduan di kalangan orang Islam.
Kemudian diajak orang bukan Islam, Yahudi, Kristian dan Musyrikin yang tidak ekstrem. Inilah pendekatan yang diajar oleh Nabi SAW dan kita mengikut pendekatan ini.
Tanggungjawab kita menyampaikan kepada anak-anak muda berumur 18 tahun yang bakal mengundi supaya tunaikan kewajipan mengundi. Kewajipan berpolitik ini fardhu ain dalam suasana orang Islam dalam bahaya.
Kita harap anak-anak muda mengambil iktibar. Tunaikan tanggungjawab khususnya kepada anak muda Islam.
Ramai anak muda yang menganggap mengundi itu tidak penting. Sedangkan kuasa politik ini bakal menentukan kedaulatan Islam.
Undilah parti yang mempertahankan dan menegakkan Islam.
Kita mesti bergabung dan bersatu dengan ikhlas, insya-Allah akan diberikan pertolongan oleh Allah SWT di dunia dan di akhirat.
[Pelancaran Kempen PAS Pilihanku Peringkat Negeri Perak, 24 September, Lubok Merbau, Perak]












(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-09-25 00:19:27
#pimpinan
0 Comments