Ticker

6/recent/ticker-posts

PKRPT SAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA ROMBONGAN SEKOLAH



#semasa

PKRPT SAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA ROMBONGAN SEKOLAH

TUMPAT - Pengarah Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Tumpat (PKRPT), Che Din Mustapa bersama Pegawai PKRPT, Aziz Mohd Zain mewakili Ahli Parlimen Tumpat, YB Che Abdullah Mat Nawi menyampaikan sumbangan kepada rombongan Lawatan Sambil Belajar Sekolah Menengah Ugama (A) Bustanus Saadah, Morak di Perkarangan Masjid Al-Ismaili, Bandar Baru Pasir Pekan, semalam.

Menurut Che Din, rombongan tersebut terdiri daripada pelajar cemerlang akademik dan ko-kurikulum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Menengah Ugama (SMU) 2021 yang akan turut memberi sokongan kepada para atlet sekolah ini di Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Menengah Agama Malaysia (KESSUMA) 2022 yang sedang berlangsung di Universiti Sains Malaysis (USM) Pulau Pinang.

"Rombongan seramai 45 orang itu terdiri daripada guru dan pelajar sekolah berkenaan," katanya ketika dihubungi.

Ikuti berita selanjutnya dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita1ptg



...
-Baca seterusnya...
2022-09-15 04:53:44

#semasa

Post a Comment

0 Comments