Ticker

6/recent/ticker-posts

Syariat Islam merupakan satu perkara yang sangat berkait dengan aqidah. Ia berkait rapat dengan rukun iman dan rukun Islam.



#pimpinan

Syariat Islam merupakan satu perkara yang sangat berkait dengan aqidah. Ia berkait rapat dengan rukun iman dan rukun Islam.

Syariat Islam memiliki roh dan spiritual. Undang-undang ciptaan manusia hanyalah melihat kepada wawasan dunia sahaja sedangkan Islam itu sendiri membawa wawasan akhirat.

Sejarah telah membuktikan bahawa apabila syariat Islam dilaksanakan, maka keadaan menjadi aman, damai dan sejahtera. Islam menguasai dunia pada suatu ketika dahulu disebabkan oleh sifat adilnya syariat Islam tersebut.

Sistem perundangan negara barat banyak diambil daripada sistem perundangan Islam. Mereka banyak mengkaji Islam dan mengambil banyak kebaikan yang terkandung di dalamnya.

Sebagai contohnya dalam konsep pengasingan kuasa. Konsep pengasingan kuasa atau dalam bahasa Inggeris disebutkan dengan istilah 'separation of powers' merupakan satu doktrin pemerintahan secara demokrasi yang mengasingkan urusan hal ehwal negara kepada tiga badan utama iaitu pemerintah (executive), perundangan (legislative) dan kehakiman (judiciary).

Islam telah mendahului Barat dalam menerapkan sistem ini sebagaimana yang dicatatkan oleh Sunnah Rasulullah SAW dan para Khulafa' al-Rasyidin RA selepasnya.

Ia dilaksanakan bagi menegakkan negara bermasyarakat majmuk dan madani yang sangat luas sempadan negaranya, walaupun pada zaman itu belum wujud kemudahan sepertimana pada hari ini. Inilah prinsip pemisahan kuasa yang telah ditunjukkan oleh Islam dan ditiru oleh Barat.

Selepas kemerdekaan, sistem perundangan negara mengikut sebagaimana perundangan British. Lalu, timbul kesedaran supaya kembali kepada syariat. Hari ini, kita menghadapi cabaran daripada kalangan mereka yang terpengaruh dengan pendidikan barat.

Banyak perkara dalam undang-undang Islam yang memerlukan kepada ijtihad. Atas dasar tersebut, kita mesti mengumpulkan kalangan pakar dalam bidang masing-masing supaya dipermudahkan dalam membuat ijtihad secara kolektif.

[Ucapan Perasmian Bengkel Pemerkasaan Syariah Islam, 13 September 2022]





...
-Baca seterusnya...
2022-09-17 02:35:01

#pimpinan

Post a Comment

0 Comments