Bekas Senator meninggal dunia

 
KOTA BHARU: Dewan Muslimat PAS Kelantan kehilangan seorang pemimpin yang istiqamah dalam perjuangan apabila Ustazah Hunaizah Mohd Nor meninggal dunia Sabtu lepas akibat sakit tua.

Allahyarham juga merupakan mantan Ahli Dewan Negara (1997–2000) dan bekas Ketua Dewan Muslimat PAS Ketereh.

Dewan Muslimat PAS Kelantan pada kenyataan berkata, Allahyarhamah merupakan seorang tokoh yang banyak berjasa dalam medan dakwah dan perjuangan Islam.

Katanya, arwah kekal istiqamah menabur bakti sehingga ke akhir usia.

Allahyarham Hunaizah yang lebih dikenali sebagai Kak Zah pernah dianugerah ‘Tokoh Khas Jasamu Dikenang’ sempena Jubli Emas Muktamar Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan pada tahun 2023.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh arwah, mengampunkan segala dosanya, melapangkan kuburnya, mengurniakan nikmat di alam barzakh serta menempatkannya dalam kalangan para solihin.

“Semoga seluruh ahli keluarga diberikan kesabaran, ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi ujian ini,” katanya.

Turut menziarahi jenazah arwah, anggota Exco Kerajaan Negeri Dato' Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail dan pimpinan PAS di kediaman keluarganya di Kampung Kolam.


 

 

Post a Comment

0 Comments