Ticker

6/recent/ticker-posts

90 peratus pengundi muda tolak BN: PAS oleh HAZELEN LIANA KAMARUDIN 11 Oktober 2022 KOTA BHARU - S...



90 peratus pengundi muda tolak BN: PAS

oleh HAZELEN LIANA KAMARUDIN
11 Oktober 2022

KOTA BHARU - Sebanyak 90 peratus pengundi muda dijangka menolak BN dalam Pilihan Raya ke-15 (PRU15), kata Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Menurut beliau, penolakan itu disebabkan tahap kesedaran yang tinggi dalam kalangan pengundi muda menyebabkan mereka mahu menolak parti berkenaan
"Bagaimanapun, semangat menolak BN tersebut diharap akan memberi undi kepada Pas.

"Cuma parti mana yang mereka akan pilih nanti, ia sukar untuk dibuat telahan," katanya kepada pemberita semasa ditemui di Kota Darulnaim di sini.

Tambah Mohd Amar, semua itu bergantung kepada senarai calon yang dapat memenuhi aspirasi pengundi muda.

"Golongan muda mahu pemimpin yang mempunyai latar belakang yang elok dan bersih daripada sebarang isu terutama rasuah," katanya.

Sinar Harian pada Isnin melaporkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Parlimen dibubarkan berkuat kuasa hari ini untuk memberi laluan kepada PRU15.

Ismail Sabri mengumumkan perkara itu secara langsung menerusi saluran televisyen tempatan jam 3 petang pada Isnin. - Sinar Harian

https://www.sinarharian.com.my/article/225386/berita/politik/90-peratus-pengundi-muda-tolak-bn-pas?



(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-10-11 06:43:46

#pas

#pas

Post a Comment

0 Comments