#pimpinan
Khalifah Abu Bakar RA mengadakan musyawarah dengan para pemimpin sahabat dalam kalangan Muhajirin dan Ansar bagi menghadapi penentangan golongan murtad.
Ada dalam kalangan para sahabat berpandangan supaya membiarkan mereka yang menafikan rukun zakat, kerana mereka masih bersembahyang dan mengucap kalimah syahadah. Pandangan tersebut dipersetujui oleh 'Umar bin al-Khattab RA.
Tindakan yang diambil oleh Abu Bakar RA menunjukkan bahawa murtad itu bukan sahaja kerana keluar daripada Islam. Bahkan, seseorang juga dianggap murtad apabila menafikan atau mengubah mana-mana ajaran Islam yang diwajibkan.
Sama ada ia diwajibkan melalui nas al-Quran dan Hadis yang sahih lagi mutawatir, ataupun diketahui umum ia merupakan ajaran Islam yang wajib diimani dan diamalkan.
Murtad bermaksud keluar daripada agama Islam. Seseorang itu murtad apabila berniat, beramal atau bercakap dengan perkara yang menunjukkan tanda tidak percaya kepada Allah SWT dan Rasul atau mana-mana rukun iman dan Islam.
Perkara dalam hati ialah kepunyaan Allah SWT, manusia tidak tahu apa yang diniatkan oleh seseorang. Perkara yang boleh diambil tindakan ialah apa yang dizahirkan melalui sama ada ucapan, tulisan mahupun perbuatan.
Perbuatan yang zahir juga dilihat sama ada ia dilakukan secara serius ataupun bergurau, kerana perkara agama tidak seharusnya dibuat gurauan. Agama dilakukan dengan pengetahuan bukannya kerana jahil.
[Kuliah Dhuha Jumaat, 11 Rabi'ul Awwal]










(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-10-07 12:02:42
#pimpinan
0 Comments