Ticker

6/recent/ticker-posts

[PERCUMA] E-BUKU: PENDIRIAN PAS DALAM PRU-15 Ketidakstabilan politik melanda negara selepas beberap...



[PERCUMA] E-BUKU: PENDIRIAN PAS DALAM PRU-15

Ketidakstabilan politik melanda negara selepas beberapa parti mengalami beberapa krisis yang menyebabkan kesengsaraan dirasai oleh rakyat. Kedudukan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sebagai antara parti politik yang paling lama dibentuk sentiasa diperhatikan oleh lawan dan kawan.

Pelbagai usaha untuk menstabilkan iklim politik negara dilakukan, bermula dengan penyatuan ummah antara parti-parti politik Melayu melalui pembentukan Muafakat Nasional (MN) dan seterusnya melibatkan kalangan bukan Islam yang tidak ekstrem melalui platform Perikatan Nasional (PN). Hasil yang baik dapat dirasai apabila gabungan PN membentuk kerajaan pada tahun 2022 menggantikan Pakatan Harapan (PH) selepas 22 bulan memerintah.

Namun, setelah itu berlaku konflik dan pertembungan pihak tertentu yang mempunyai kepentingan peribadi dalam gabungan kerajaan sehingga mengheret PAS untuk memilih rakan politik, antara UMNO-BN atau Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Walau bagaimanapun, PAS tetap berusaha untuk menyatukan semua pihak Melayu-Islam atas nama perpaduan ummah.

Jadi, mengapa PAS menolak Pakatan Harapan (PH) dan menangguhkan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kali ini? Dapatkan jawapan yang tuntas melalui e-buku dalam pautan berikut:

Pautan e-buku: https://ezy.la/pru15



(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-10-19 03:25:45

#pimpinan

#pimpinan

Post a Comment

0 Comments