#pimpinan
Petang semalam saya bawakan kepada anak-anak muda yang datang beramai-ramai bagi mengikuti Ijtimak Tarbawi 8.0 berkenaan tafsir ayat 33-36 Surah al-Fussilat
Empat ayat ini menghimpunkan 3 perkara yang mesti dihadam oleh anak-anak muda yang menggalas tanggungjawab bagi menyebarkan Islam dan memastikan Islam memerintah.
Tiga perkara tersebut ialah:
1) Kelebihan mengajak orang kepada Islam.
2) Budaya Politik Matang dan Sejahtera.
3) Bagaimana untuk menghadapi cabaran hasutan syaitan yang boleh memesongkan kita daripada perjuangan islam.
Allah SWT telah menetapkan acuan pemerintahan Islam setelah diberikan kemenangan. Disebutkan di dalam al-Quran bahawa antara ciri-ciri tersebut ialah pemimpin yang mendirikan solat, pemimpin yang sentiasa ada hubungan dengan Allah. Pemimpin beginilah yang berintegriti dan memenuhi ciri-ciri beriman kepada Allah SWT.
Antara perkara yang mesti menjadi sikap para ahli PAS ialah pemahaman dan pelaksanaan budaya politik matang dan sejahtera.
Nabi SAW telah menunjukkan contoh kepada kita dengan memaafkan orang yang berbuat zalim terhadap kita sebagaimana Nabi SAW memaafkan Wahsyi yang telah membunuh bapa saudara Nabi SAW. Nabi SAW melaksanakan perkara ini di masa marhalah Makkiyah dan Madaniyah.
Kita tidak mengambil pendekatan membalas dendam atau menganiaya musuh apabila memperoleh kemenangan sebaliknya menunjukkan kepada seluruh masyarakat bagaimana Islam adil untuk semua.
Inilah sebab kita bawakan pendekatan perpaduan ummah. Pendekatan bersifat keras hanya akan membawa kepada pergaduhan sesama sendiri.
Anak-anak muda yang datang Ijtimak Tarbawi pada hari ini mempunyai tanggungjawab yang besar untuk menyedarkan anak muda 18 tahun yang bakal mengundi dalam pilihan raya akan datang.
Sedarkan mereka bahawa setiap undi mereka penting supaya Islam boleh memerintah negara ini. Mudah-mudahan usaha kita ini mendapat pertolongan Allah SWT.
[Ijtimak Tarbawi 8.0, Besut Terengganu, 1 Oktober 2022]












(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-10-02 00:59:30
#pimpinan
0 Comments