Ticker

6/recent/ticker-posts

Salam Maulidur Rasul 1444H diucapkan kepada seluruh umat Islam. Kita bergembira dengan kelahiran Rasulullah SAW kerana semestiny...



#pas

Salam Maulidur Rasul 1444H diucapkan kepada seluruh umat Islam. Kita bergembira dengan kelahiran Rasulullah SAW kerana semestinya baginda cahaya yang menerangi alam ini dengan cahaya tauhid.

Kita wajib bergembira dan bersyukur bukan hanya dengan kelahiran baginda, bahkan kewujudan baginda yang menjadi asbab hidayah dan rahmat untuk sekalian alam.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud " Tidak sempurna iman seseorang kami sehingga aku lebih dikasihi disisinya lebih daripada bapanya, anaknya, dan manusia seluruhnya".

Mencintai Rasulullah SAW ini merupakan kewajipan bukan pilihan. Hal ini kerana cinta kita kepada baginda pasti menjadikan kita cinta kepada Allah dan syariatNya. Justeru, tanda mereka yang mencintai baginda SAW adalah tunduk kepada segala perintah Allah, mengikuti sunnah baginda, mencintai seluruh umat baginda, dan berjihad memartabatkan agama Islam.

Semoga kita semua tergolong dalam golongan mereka yang kasih kepada baginda dengan sebenar-benarnya.

Ikhlas daripada:
YB DATO' HAJI HASSAN BIN MOHAMOOD
Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Kelantan



(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-10-08 14:39:32

#pas

Post a Comment

0 Comments