Ticker

6/recent/ticker-posts

Saya menerima kunjungan daripada Sekretariat Aid4Yemen yang mengumpulkan NGO-NGO bagi menggerakkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat di Yaman.



#pimpinan

Saya menerima kunjungan daripada Sekretariat Aid4Yemen yang mengumpulkan NGO-NGO bagi menggerakkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat di Yaman.

Saya berkongsi di dalam al-Quran menceritakan kisah orang-orang Quraisy yang tinggal di Makkah yang tandus sehingga memaksa mereka keluar berdagang. Namun mereka tidak meninggalkan bumi Makkah kerana berkat doa Nabi Ibrahim AS.

Mereka bermusafir di musim panas ke Yaman dan musim sejuk ke Syam bagi kegiatan perdagangan. Yaman ialah pelabuhan kepada negara-negara timur di zaman itu. Syam pula ialah pelabuhan bagi negara barat. Islam masuk ke Yaman dengan damai tanpa berlaku sebarang peperangan.

Saya juga menceritakan usaha dan pengalaman dalam misi mendamaikan umat Islam dan golongan yang berperang di Yaman. Alhamdulillah usaha ini berjaya dan dapat diredakan ketegangan sehingga berlaku Arab Spring sebagaimana kesannya yang dilihat pada hari ini.

Maka menjadi tanggungjawab kita sebagai saudara seIslam untuk membantu saudara-saudara kita di Yaman. Mudah-mudahan segala usaha yang dilakukan oleh pihak sekretariat berjalan dengan lancar dan semoga keamanan akan kembali di bumi Yaman.







(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-10-04 10:24:24

#pimpinan

Post a Comment

0 Comments