Ticker

6/recent/ticker-posts

ANAK MUDA PILIH PARTI, BUKAN PERIBADI - MB



ANAK MUDA PILIH PARTI, BUKAN PERIBADI - MB

KOTA BHARU – Keputusan Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) banyak dipengaruhi kuasa pengundi muda yang mengundi di saluran lima dan enam.

Mereka layak mengundi secara automatik kerana berusia 18 tahun bagi yang lahir bermula 1 Januari hingga 31 Ogos 2014.

Sehubungan itu, Menteri Besar Kelantan YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, situasi yang berlaku dalam PRU15 menunjukkan pengundi anak muda sudah boleh menilai untuk mengundi parti yang layak, bukan melihat peribadi pemimpin.

Tambahnya, mereka melihat kepada dasar yang ingin dibawa oleh sesebuah parti yang bertanding khususnya untuk kesenangan mereka dalam mengharungi tempoh lima tahun akan datang.

Ustaz Dato' Ahmad juga menyatakan gelombang politik tanah air telah mencetuskan kebangkitan luar biasa daripada penyokong parti Perikatan Nasional (PN) sehingga Kelantan dan Terengganu menyapu bersih kemenangan di semua kerusi parlimen yang bertanding.
Termasuk di Perlis, Pahang dan Perak, PN turut menerima kemenangan besar.

"PRU15 kali ini menyaksikan PN mendapat sokongan majoriti golongan muda yang inginkan sebuah kerajaan sempurna yang dapat membantu mereka meneruskan kehidupan pasca pandemik COVID-19 yang rata-rata kehilangan pekerjaaan dan sumber pendapatan yang tetap," katanya.

Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita9pg









(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-11-23 01:08:41

#semasa

#semasa

Post a Comment

0 Comments