Belanjawan Kelantan 2023: Kelantan Cakna Kaum.
RM 1.75 Juta telah diperuntukkan dalam Belanjawan 2023 bagi tujuan keharmonian dan perpaduan kaum di Kelantan.
Saban tahun Kerajaan Negeri Kelantan tidak pernah ketinggalan menganjurkan program perayaan dan kebudayaan masyarakat antara kaum seperti Tahun Baharu Cina, Pesta Tanglung dan Pesta Songkran (Masyarakat Siam).
Walaupun komposisi kaum lain yang minoriti iaitu 2.4% kaum cina, 0.3 % kaum India, 0.6 % kaum siam dan lain-lain Kerajaan Negeri tetap memastikan kepentingan, keharmonian dan kerukunan hidup masyarakat antara kaum di Kelantan.
Kerajaan Negeri juga menubuhkan Pusat Integrasi Antara Kaum (PEKA) sejak 2017. Antara peranan PEKA ialah merangka,merancang dan melaksana agenda perpaduan dan pembangunan kaum-kaum yang pelbagai di Kelantan, khususnya Cina, India, Siam dan Orang Asli.
Inisiatif dan program - program yang dilaksana Kerajaan Negeri tersebut menjamin kebebasan beragama dan mengamalkan budaya masing-masing seterusnya mengukuhkan perpaduan kaum.
#MerakyatMembangunBersamaIslam
#KelantanMajuRakyatSejahtera



-Baca seterusnya...
2022-11-27 09:50:28
#pimpinan
#pimpinan
0 Comments