Ticker

6/recent/ticker-posts

KELANTAN MODEL PERPADUAN KAUM



KELANTAN MODEL PERPADUAN KAUM

KOTA BHARU - Mengambil kira semangat Keluarga Malaysia berprinsipkan "everyone is equal before the law", komuniti Cina dan India tidak pernah terpinggir dalam agenda kebajikan dan pembangunan di Kelantan.

Kaum minoriti itu turut diberi layanan dan hak sama rata yang setanding dengan masyarakat Melayu di negeri tersebut.

Buktinya boleh dilihat melalui kejayaan kerajaan negeri dapat memerintah dengan harmoni tanpa wujud persengketaan selama 32 tahun, menunjukkan kerajaan sedia ada sungguh bersikap terbuka dan menganggap semua bangsa Melayu, Cina dan India seperti adik beradik.

Itulah hebatnya orang Kelantan.

Sementara itu, Kerajaan Negeri sentiasa memantau setiap projek pembangunan untuk masyarakat antara kaum dengan mengharapkan kerjasama yang baik daripada setiap lapisan masyarakat.

Antaranya pembahagian tapak penempatan kepada 194 orang pekerja Ladang Kerilla dengan jumlah keseluruhan lot adalah seluas 15.38 hektar.

Daripada jumlah itu, 99 orang membabitkan kaum India, 91 orang Melayu dan 4 orang majoritinya tidak mempunyai tapak kediaman selepas bersara.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga tidak pernah berhenti dalam memberi bantuan kewangan kepada rumah ibadat Buddha, Hindu dan Siam di Kelantan. Justeru, sebanyak 12 Wat Siam di seluruh negeri Kelantan juga telah diwartakan oleh kerajaan negeri dan kini diurus tadbir oleh Majlis Sangkha.

Kerajaan negeri juga telah meluluskan pembinaan Kuil Sri Siva Subramaniam di Jalan Hamzah semasa pentadbiran di bawah mantan Menteri Besar almarhum Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Aziz Nik Mat.

Dalam masa yang sama, bantuan dan semua skim yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan turut diberikan kepada masyarakat bukan Islam, sebagai contoh Skim Kifalah, Armalah dan juga bantuan Al' Itam serta Skim Az Ziwwaj yang mana masyarakat bukan Islam di Kelantan tidak ketinggalan dalam menerima segala bantuan dan keistimewaan yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri.

Kerajaan Negeri juga sentiasa memberi perhatian yang khusus kepada masyarakat bukan Islam dalam pelbagai aspek termasuk dari segi Pendidikan. Selain itu, sambutan hari-hari kebesaran orang-orang Islam, turut diadakan setiap tahun ialah Sambutan Hari Deepavali Sambutan Tahun Baru Cina, Pesta Songkla, Pesta Tanglung.

Sebagaimana yang kita boleh dengar melalui irama gabungan gendang India, Melayu dan Cina yang sangat harmoni, begitulah juga gambaran hubungan perpaduan kaum yang ada dalam masyarakat negeri Kelantan yang hidup aman damai dan saling menghormati antara satu sama lain.









(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-11-22 07:04:12

#semasa

#semasa

Post a Comment

0 Comments