*KEMPEN PAS PILIHANKU PASCA PRU-15*
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Secara tiba-tiba, permohonan untuk menyertai Parti Islam Se-Malaysia (PAS) meningkat mendadak selepas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Sehingga semalam (25 November 2022) lebih dari 500 permohonan secara Daftar Terus telah diterima oleh Pejabat Agung PAS dan terus bertambah sehingga ke hari ini.
Justeru Kempen PAS Pilihanku 4.0 yang telah dilancarkan sebelum ini di Sik, Kedah diteruskan sempena pasca PRU15.
Syarat-syarat untuk memohon sebagai ahli PAS mengikut Fasal 11 Perlembagaan PAS (Pindaan 2020) adalah seperti berikut ;
(1) Warganegara Malaysia.
(2) Beragama Islam
(3) 'Aqil baligh menurut Hukum Syara'.
(4) Mengaku menerima serta taat kepada Perlembagaan PAS, peraturan, arahan-arahan dan keputusan-keputusan Parti dari semasa ke
semasa.
Justeru warga negara Malaysia boleh menghubungi nombor telefon yang telah disertakan (rujuk infografik)
(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-11-26 10:12:50
#pas
#pas
0 Comments